Categories: Trending

Takziah! Perodua Langgar Lori Ragut Tiga Nyawa

Kemalangan membabitkan sebuah kereta perodua Myvi yang melanggar bahagian lori di KM 225 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhadapan hentian sebelah Bukit Gantang, hari ini telah meragut tiga nyawa manakala seorang cedera ringan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi itu, Lobpithai Lee Sern Koung, 25, Tan Hock Lai, 24, maut di tempat kejadian maut di tempat kejadian, manakala Ong Cheng Lian, 23, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Taiping.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Taib berkata seorang lagi penumpang Myvi, Chan Jian Zhong, 23, cedera ringan manakala pemandu lori S.Surenthar, 27, selamat.

Mohamad berkata semasa kejadian kereta yang dipandu Lee dalam perjalanan dari Ipoh ke Pulau Pinang sebelum melanggar belakang lori itu.

Mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya. – Bernama

SGMS Faida