Cincin Tunang Punya Pasal, Bieber Sanggup ‘Turun Padang’

Terserlah betul bunga-bunga cinta dalam hati bintang pop popular, Justin Bieber. Melihat pada perkembang di laman Instagramnya, bukan main romantik yer awak…

Penyanyi yang baru saja mengumumkan pertunangannya bersama model Hailey Baldwin ini dilaporkan turut bekerjasama dengan syarikat barang kemas Solow & Co Inc dalam menghasilkan cincin buat tunang tersayang. Awww, comelnya!

Hal ini turut didedahkan oleh syarikat barang kemas tersebut.

“ Bieber mahu cincin itu cantik di jari tunangnya. Oleh itu dia sendiri bantu kami untuk hasilkan cincin berkenaan.

” Bieber sangat menyukai pemilihan berlian dari syarikat kami dan dia sangat berpuas hati apabila melihat hasilnya,” kata wakil dari Solow & Co.

Difahamkan, syarikat itu banyak menghasilkan barang kemas untuk Bieber sejak 10 tahun lalu.

Kalau cincin tunang pun dah cantik, apa lagi cincin kahwin nanti. Tak sabar nak tengok!

 

SGMS Faida