“Pegang-Pegang Ni, Adik Beradik Ke Suami Isteri? ” – Selepas Dilabel ‘Culture Shock’, Masya Masyitah Dikecam Sentuh Wajah Lelaki

Selepas dikecam netizen gara-gara memakai baju ketat dan menindik hidung, penyanyi Masya Masyitah sekali lagi terpalit dengan kontroversi.

Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, 22, dilihat ‘berani’ menyentuh wajah model lelaki yang terlibat dalam penggambaran muzik video terbaharunya berjudul Simpanan.

 

Tindakan Masya itu sekaligus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang mempersoalkan cara penyanyi ini membawa diri sejak awal kemunculannya dalam industri seni tanah air.

Malah, ada yang menegur berdosa bagi seseorang wanita itu menyentuh lelaki yang bukan muhrimnya.

 

Terdahulu, pelantun lagu Hapus ini turut dilabel sebagai ‘Culture Shock’ apabila menggayakan fesyen kurang bersesuaian dengan imej wanita berhijab.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Pakai Baju Ketat & Tindik Hidung, Netizen Dakwa Masya Masitah Culture Shock

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Rentas Negeri Balik Raya Selesai, Masya Masyitah Sudah Beri Keterangan Kepada Polis

 

Salma Syahbuddin