Pekan Sudah Ditemui Tetapi Dalam Keadaan Berbeza

Pelakon Rita Rudaini memaklumkan kucing kesayangannya, Pekan yang hilang sejak Khamis lepas akhirnya selamat ditemui.

Menerusi laman Instagram Rita, kucing yang diberi nama Pekan itu ditemui selepas seorang individu memberikan info tentang lokasi kucing berkenaan.

” Terima kasih yang tidak terhingga kepada Sarjan Rahmat dan semua polis di Balai Polis Semenyih kerana menyelamatkan PEKAN. Saya rasa sangat gembira bila dihubungi dan diberitahu berita ini. 

“ Allah hantar seorang yang mulia hatinya, dia banyak membantu dalam memberi maklumat tentang Pekan. Semoga Allah membalas jasa baik adik dan keluarga.

“ Ada hikmah saya post perkara ini di Instagram untuk viralkan, tiba-tiba Pekan muncul, misteri, suratan atau kebetulan,” luahnya.

Pelakon telefilem Ayah ini memberitahu Pekan berada dalam keadaan letih, murung dan kurus ketika ditemui.

Dalam masa sama, Rita tetap membawa kes ini ke pihak Polis untuk siasatan lanjut.

“ Siasat sampai terungkai kebenarannya,” katanya. 

Berita kehilangan Pekan mula menjadi topik hangat di media sosial sejak lima hari lalu apabila hilang daripada jagaan individu yang merupakan kenalan Rita.

SGMS Faida