Pelawak Popular Indonesia Sule Bakal Kahwin Lagi?

Belum masuk setahun bergelar duda, pelawak terkenal Indonesia Sule dilaporkan bakal berkahwin semula.

Sule atau nama sebenarnya Entis Sutisna dikhabarkan bercinta dengan pelakon drama Indonesia, Naomi Zaskia dan hubungan mereka mula dihidu oleh media seberang.

Menerusi laman Instagram bapa empat anak ini, dia memuatnaik sekeping gambar memaparkan dirinya sedang mengenggam tangan wanita dengan kapsyen ‘Im so Happy’.

Difahamkan, jam dan gelang itu dikhabarkan milik pelakon Naomi Zaskia.

Walau bagaimanapun, gambar berkenaan telah dipadam selepas beberapa jam kemudian.

Bukan hanya itu, Sule juga sering meninggalkan tanda suka di laman Instagram pelakon kacukan Bali Jerman itu.

Memetik laporan Tribunnews.com, Sule sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada anak-anaknya termasuklah, Rizky Febian yang merupakan penyanyi popular masa kini.

“ Mereka menyokong saya untuk bernikah lagi,” katanya kepada Intens Reborn iNewsTV, baru-baru ini.

SGMS Faida