Hiburan By: SGMS Faida January 10, 2019 @ 1:15pm

Pekan Sudah Ditemui Tetapi Dalam Keadaan Berbeza

Pelakon Rita Rudaini memaklumkan kucing kesayangannya, Pekan yang hilang sejak Khamis lepas akhirnya selamat ditemui.

Menerusi laman Instagram Rita, kucing yang diberi nama Pekan itu ditemui selepas seorang individu memberikan info tentang lokasi kucing berkenaan.

” Terima kasih yang tidak terhingga kepada Sarjan Rahmat dan semua polis di Balai Polis Semenyih kerana menyelamatkan PEKAN. Saya rasa sangat gembira bila dihubungi dan diberitahu berita ini. 

“ Allah hantar seorang yang mulia hatinya, dia banyak membantu dalam memberi maklumat tentang Pekan. Semoga Allah membalas jasa baik adik dan keluarga.

“ Ada hikmah saya post perkara ini di Instagram untuk viralkan, tiba-tiba Pekan muncul, misteri, suratan atau kebetulan,” luahnya.

Pelakon telefilem Ayah ini memberitahu Pekan berada dalam keadaan letih, murung dan kurus ketika ditemui.

Dalam masa sama, Rita tetap membawa kes ini ke pihak Polis untuk siasatan lanjut.

“ Siasat sampai terungkai kebenarannya,” katanya. 

Berita kehilangan Pekan mula menjadi topik hangat di media sosial sejak lima hari lalu apabila hilang daripada jagaan individu yang merupakan kenalan Rita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 20 Oct 2018

Rahsiakan Pertunangan? Akhirya Elfira Loy Bercerita Juga

Semakin cantik bakal pengantin ni! Dengarnya, El bakal pelamin Disember ini. Betul ke?

Featured Sat, 27 May 2023
Featured Sun, 20 Jun 2021

“Better Stop Kalau Tak Nak Saya Keluarkan Kata-Kata Kesat” – Jadi Mangsa Body Shaming, Nabila Huda Bagi Warning! 

Budaya ” body shaming”  di kalangan kita kini menjadi kebiasaan ramai orang tidak kira melalui media sosial atau di luar . Ramai yang tertekan apabila terpaksa berdepan dengan kritikan seperti dikritik  akibat berat badan, dediskriminasi

Hiburan Thu, 22 Nov 2018

Tak Perlu Serkap Jarang, Rosyam Nor Tak Beli Pengikut Di IG

Makcik bawang, Datuk Rosyam tak beli pengikut okay

Hiburan Sat, 2 Mar 2019

Dituduh Playboy, Shahir Mahu Bersemuka Dengan Tukang Fitnah

Semoga pasangan ini dapat melalui onak ranjau ketik bercinta ni…kami di XTRA doakan agar pasangan ini cepat kahwin. Insya Allah…

Hiburan Sat, 16 Jul 2022
Hiburan Wed, 7 Mar 2018

Boikot Neelofa Sampai Bakar Tudung?

Wanita ini mengambil tindakan membakar tudung Neelofa atas alasan tidak mahu membawa nama Neelofa kemana-mana sahaja beliau pergi.

Featured Thu, 22 Sep 2022

Tular Gadis Remaja Didera Teruk Bapa Tiri! Suspek Dibebas Dengan Jaminan Namun Kes Masih Dalam Siasatan

Dia pijak kepala saya banyak kali sambil hentak guna kaki dia – Mangsa

| Live TV