Featured By: Atiqah Johari October 20, 2022 @ 8:39pm

[VIDEO] Golongan Pendakwah Dikritik Membisu Kes Amang Seksual, Dai Fuad Bidas Baby Shima & Ifa Raziah – “Tau Tak Ada Akta Pakai Seksi?”

Baru-baru ini, pendakwah bebas Dai Fuad tampil membidas kenyataan yang dilontarkan oleh penyanyi dangdut Baby Shima dan Ifa Raziah yang menyatakan golongan agamawan dilihat membisu mengenai isu amang seksual PU Azman serta pilih bulu dalam memberi teguran.

Tidak berdiam diri, Dai Fuad menyatakan bahawa mereka tidak menyokong aktiviti yang tidak bermoral tidak kira sesiapa yang melakukannya jika telah terbukti bersalah di mahkamah.

“Isu PU Azman telah pun mendorong Baby Shima dan Ifa Raziah untuk menemplak agamawan ‘dia kata mana pergi agamawan ni apabila agamawan di tangkap adakah mereka membisu dijahit mulut?’.

“Saya bagitahu kami langsung tak sokong aktiviti tidak bermoral pidofilia kalau telah terbukti di mahkamah… tolong jatuhkan hukuman yang setimpal tidak ada kompromi. Cuma cukuplah apabila undang-undang telah pun beraksi maka cukup untuk kami tutupkan bibir sahaja,” jelas Dai Fuad.

Dalam pada itu, Dai Fuad dilihat sempat memberi satu situasi yang menyatakan andai Baby Shima dan Ifa Raziah ditangkap oleh kerana berpakaian tidak senonoh mereka juga akan berdiam diri kerana sudah menjadi kes mahkamah.

“Katalah suatu hari nanti Baby Shima dan Ifa Raziah ditangkap di atas Seksyen 53 berpakaian tidak sopan di khalayak umum, kami pun akan senyap kak… kami pun akan diam.

“Kerana proses perundangan telah pun berlaku maka kami tak perlu untuk keluarkan kata-kata untuk menganggu proses mahkamah… itu tanda hormat kami,” ujarnya.

Tambah, Dai Fuad turut menegaskan bahawa mereka sama sekali tidak menyokong apa-apa aktiviti yang bertentangan dengan syariat Allah.

“Prinsip kami mudah, kami takkan sokong apa-apa aktiviti yang melawan syariat Allah… buat sebab Allah,” tegasnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata wargamaya bersetuju dan menyokong hujahan Dai Fuad malah ada segelintir yang meminta kedua-dua penyanyi tersebut untuk bermuhasabah diri.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 Nov 2023

Selalu Gaduh Manja Fikir Nak Makan Mana… Aedy Ashraf Kongsi Cara Pujuk Amelia Henderson

Isu nak makan mana ni memang punca gaduh gaduh manja kannn

Trending Fri, 11 Oct 2019

Belanjawan 2020 Akan Dibentangkan Hari Ini

Belanjawan 2020 juga merupakan belanjawan kedua kerajaan Pakatan Harapan, sejak ia memerintah pada Mei 2018.

Hiburan Wed, 30 Oct 2019
Featured Mon, 16 Jul 2018

Jerawat Belakang Badan Ganggu Emosi Anda? Ikut Saja Tip Mudah Ini

Jerawat belakang badan tumbuh akibat perubahan hormon.

Hiburan Thu, 2 Jun 2022
Trending Tue, 3 Dec 2019

How Many Eggs Can I Eat In A Day? Will Eating Two Gives Me Cholesterol?

Some cook them, some consume it raw. Eggs are good source of healthy protein, but are they really?

Selebriti Mon, 9 May 2022

Andi Bernadee Kini Lebih Selektif

Kerjaya Andi Bernadee Makin Kukuh

Featured Wed, 24 Jan 2024