Pelakon Kacak Viral Di Twitter Gara-Gara Hutang Unifi?

Adik kepada Daler Yusuf ini pernah menjadi bualan netien sedikit masa lalu apabila melakukan prank di tempat awam. Prank yang dimaksudkan adalah memegang tangan wanita di escalator dan meneruskan perjalanan seperti biasa.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan konsep prank sebegitu termasuklah abangnya sendiri. Iyalah, kot-kot terpegang tangan bini orang, macam mana tu?

Baru-baru ini, nama Sherzod Yusuf sekali lagi popular di laman Twitter apabila dikaitkan dengan hutang dengan seorang gadis bernama Syafikah.

Menerusi perkongsiaan gadis itu, dia mendakwa Sherzod gagal melangsaikan hutang bil Unifi sebanyak RM 1870. 

Syafikah turut menerima surat daripada peguam agar segerakan bayaran hutang memandangkan ia dah lama tertunggak. Gadis ini telah menghantar kiriman mesej di laman Instagram dan baca apa jawapan model kacak ini. 

 

Apapun, xtra.com akan cuba dapatkan penjelasan si empunya diri untuk tahu sama ada isu ini benar atau sebaliknya. Kita kenalah dengar dari kedua pihak juga kan? 

SGMS Faida