Categories: Gaya Hidup

Cuaca Panas Kembali Melanda Malaysia, Ini Tip Untuk Anda Bersiap Siaga!

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, beberapa kawasan dan negeri di Semenanjung Malaysia bakal berhadapan dengan cuaca panas dan kering sepanjang Ogos sehingga September ini. 

Fenomena ini berlaku akibat fasa monsun Barat Daya yang mendominasi keadaan cuaca negara sepanjang tempoh berkenaan. Jadi, amatlah penting untuk anda bersiap siaga untuk berhadapan dengan fenomena ini!

Hijab & Heels akan kongsikan beberapa tip yang boleh membantu anda dalam meredakan bahang kepanasan sekaligus dapat membantu anda kekal sihat dan aktif dalam cuasa panas. Jom semak!

Foto: Giphy

1. Minum air putih secukupnya

Seperti yang kita semua ketahui, perkara penting dalam menghadapi cuaca panas adalah dengan memastikan air yang mencukupi di dalam badan. Anda perlu minum air putih sebanyak mungkin untuk mengelakkan dehidrasi. Elakkan minuman berkafein dan manis kerana ia akan mempercepatkan dehidrasi.

2.  Pakaian fabrik sejuk

Anda juga perlu memilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang sejuk. Pakaian jenis ini dapat membantu meresap haba dan peluh. Elakkan memakai pakaian berlapis.

3. Kurangkan solekan

Anda boleh kurangkan solekan pada wajah kerana ada sesetengah bahan dalam produk kosmetik kemungkinan akan menyekat aliran peluh. Keadaan ini akan membuatkan bahagian muka anda rasa panas.

5. Hadkan aktiviti luar

Kalau boleh hadkan aktiviti luar dan aktiviti yang memerlukan penggunaan tenaga yang banyak. Manfaatkan aktiviti indoor!

6. Pakai sunblock

Kalau anda keluar rumah, pakailah sunblock untuk protect kulit anda secara keseluruhannya. Anda boleh dapatkan sunblock di farmasi yang berdekatan dengan anda. 

7. Mandi dengan air suam

Sebaiknya, mandi dnegan air suam dan tidak terlalu sejuk. Ini kerana mandi air sejuk akan membuatkan badan anda menjana haba untuk menggantikan haba yang sudah hilang. 

8. Makan dengan kuantiti yang sedikit

Anda boleh makan dengan kerap, tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Hal ini kerana, makan dalam kuantiti yang banyak terutamanya makanan yang tinggi kadar karbohidrat akan menaikkan kadar metabolisme badan. Keadaan ini akan membuatkan badan anda terasa panas dan berpeluh.

Bagi anda yang ada anak kecil, lakukan juga seperti tip di atas. Paling penting, pastikan mereka minum air dengan secukupnya. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda sekeluarga!

Sumber: Astro Awani

tex_admin