Categories: Oh Lawa

4 Manfaat Face Mist Yang Perlu Wanita Tahu

Dalam beg tangan anda ada tak face mist? Kalau ada, maknanya anda seorang yang bijak! Tahukah anda, face mist dapat membantu menyegarkan kulit wajah, melembapkan serta memberikan kesan dewy pada kulit.

Face mist bukan sekadar air saja, ia dianggap produk yang penting dan berguna untuk semua wanita. Nak tahu kenapa? Jom kita ketahui manfaat face mist ini untuk wajah cantik anda!

Foto: Giphy

1. Menyegarkan wajah

Bagi anda yang terdedah dengan keadaan persekitaran luar yang panas, face mist dapat menyegarkan suhu permukaan kulit anda. Hanya dengan semburan, wajah anda akan segar! 

Face mist dapat memberikan kesejukan pada kulit wajah selain membantu menurunkan suhu pada permukaan kulit tanpa melunturkan makeup anda.

2. Menjaga kelembapan kulit

Bagi anda yang memiliki jenis kulit kering, face mist ini sangat anda perlukan! Ini kerana, face mist dapat membantu melembapkan kulit wajah anda selain krim pelembap.

Jika anda sudah memakai krim pelembap, face mist ini bertindak sebagai agen mengunci kelembapan kulit. Tiada lagi kulit kering!

3. Membantu menyempurnakan makeup

Sebelum anda memulakan sesi makeup, anda perlu sembur face mist terlebih dahulu. Cara ini dapat menjadikan kulit anda lebih halus dan lembap sekaligus mudah untuk ditatarias.

Bukan itu saja, face mist juga dapat menjadikan makeup anda tahan lebih lama iaitu dengan menyemburnya selepas siap bersolek.

4. Membantu mengawal minyak pada wajah

Wajah yang berminyak pasti akan membuatkan anda berasa tidak selesa dan kurang berkeyakinan. Kalau dah bersolek selepas 1 hingga 2 jam pasti kulit akan berminyak kan? Kalau anda guna kertas minyak untuk menyerap minyak pada wajah ia akan merosakkan makeup anda pulak!

Kalau begitu, anda perlu sembur sahaja face mist pada keseluruhan wajah anda. Untuk pengetahuan anda, face mist dapat mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan pada wajah.

Jadi, mulai sekarang praktikkan semburan face mist ini pada wajah anda setiap hari. Pilihlah face mist yang sesuai dengan kulit anda. Kalau anda ragu-ragu dapatkan khidmat rundingan bersama pakar kecantikan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: The Body Shop

tex_admin