“Pelakon Remaja Selalunya Akan Fikir Nak Bersaing” – Puteri Balqis

Pelakon remaja berkaliber, Puteri Balqis, 16, mengakui teruja diberi peluang untuk bergandingan bersama bakat-bakat baharu iaitu Amira Syahira, Harissa Addlynn, Amanda Tan, dan Kashika Selvam dalam drama slot Lestary TV3, Diva Seroja.

Meskipun Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish telah lama berkecimpung dalam industri seni, namun perkara tersebut tidak membuatkan dirinya perlu meletakkan batas kepada pelakon baharu.

“Pada saya pelakon baharu tak semestinya mereka tak berbakat. Jadi saya rasa tak perlu untuk saya meletakkan sebarang batas atau level bersama mereka.

“Apa yang penting sekiranya dalam bekerja ok, jadi saya akan baik saja dengan mereka,” katanya.

Jelas Aqish lagi yang memegang watak sebagai Amanda dalam Diva Seroja ini, berlakon bersama pelakon usia sebaya ini tidak ada unsur persaingan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tayang Jub*r Hari-Hari, Berlakon Satu Award Tak Dapat!” – Puteri Balqis Tempelak Aktres Muda Wanita Umur 14 Tahun?

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Bergaduh Dengan Qistina Raisah, Ini Respons Puteri Balqis – “Tak Sebut Nama Sesiapa, Kenapa Perlu Play Victim?”

“Selalunya kalau shooting dengan remaja, mereka mesti akan fikir kita ini sebagai competition dan bukan sekadar bekerja.

“Tapi dalam cerita ini (Diva Seroja), saya bersama kawan-kawan kami bukan pesaing, kami adalah kawan baik. Jadi hubungan itu menyeronokkan.

“Kalau lepas ni ada tawaran untuk berlakon lagi bersama mereka, saya adalah orang pertama yang akan masuk penggambaran itu sebab chemistry kami sangat kuat,” katanya lagi.

Diva Seroja menceritakan tentang sekumpulan pelajar yang berbakat dalam bidang seni dan sukan. Mereka terkenal di kalangan pelajar dan guru Sri Seroja bukan sahaja kerana bakat mereka tetapi juga perangai mereka yang nakal dan sering membuat kekecohan di sekolah! 

Selain Puteri Balqis, drama Diva Seroja ini turut menampilkan pelakon popular Fasha Sandha, Nafiz Muaz, Harissa Adlynn dan ramai lagi.

Drama arahan Pali Yahya ini bakal disiarkan di slot Lestary mulai 9 Jun 2023,  setiap Khamis hingga Sabtu pada jam 9.00 malam di TV3 atau strim langsung secara HD di www.tonton.com.my

Aqilah Paharuzi