Pelakon Sado Hairul Azreen Kongsi Gambar ‘Keding’

Pelakon filem aksi Wira dan Paskal, Hairul Azreen memuat naik gambar lamanya ketika berusia 19 tahun semasa mula berkecimpung di dalam dunia peragaan di akaun Instagramnya buat tatapan umum. 

Hairul meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka angan-angan budak ‘keding’ dari Serdang yang ingin menjadi pelakon aksi, akhirnya menjadi kenyataan.

“Saya akan selalu post gambar ni supaya tak lupa seorang budak Serdang yang cita-cita nak jadi pelakon aksi konon. 

“Tak sedar dia kurus keding, rambut tak tau nak sikat belah mana selebet.  Muka panau sana sini lepas tu ni je satu seluar jean yang dia ada tu pun rembat abang punya haha kenangan,” tulis suami kepada Hanis Zalikha ini sebagai kapsyen.

 

 
  Menurut Hairul, gambar itu diambil sewaktu menghadiri ‘casting’ ketika mencuba nasib untuk menjadi seorang model. 

“Jadi ni gambar masa saya umur 19 tahun, mula-mula ‘casting’ nak jadi model. Sedar tak sedar dah masuk tahun 2020 dah.

“Alhamdullillah dengan segala rezeki dan dapat kawan-kawan yang baik di sisi,” tulisnya lagi. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikutnya yang memuji perubahan susuk tubuh Hairul dari seorang yang kurus sehingga mendapat bentuk badan yang sado, sesuai dengan watak wira yang dibawakannya di dalam filem! 

Kredit Foto: Instagram @hairulazreen

Del14