Pelawak Wanita Mengaku Tidak Bersalah, Bakal Berhadapan Penjara Minimum 2 Atau Maksimum 5 Tahun

Wanita yang menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika berada di kelab komedi Crackhouse baru-baru ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghina agama islam serta menyebabkan suasana tidak harmoni.

Tertuduh, Siti Nuramira Abdullah, 26, yang bekerja sebagai eksekutif di syarikat teknologi maklumat (IT) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali bertempat di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 298(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang tidak menawarkan sebarang jaminan atas kesalahan terbabit, namun kini menurutnya tertuduh boleh dijamin RM50,000 beserta syarat tambahan, sekiranya mahkamah mahu menawarkan jaminan.

“Ini termasuk melapor diri di balai polis berhampiran, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh dilarang memuat naik sebarang kenyataan di media sosial sepanjang prosiding kes ini,” katanya.

Terdahulu, heboh di ruangan media sosial mengenai tindakan wanita berkenaan yang dianggap mencelarkan maruah wanita dan agama Islam atas perbuatannya menanggalkan baju sehingga terdedah aurat di khalayak umum.

Bukan itu sahaja, wanita kelahiran Kuala Kangsar ini turut mengakui sudah menghafal 15 juzuk al-Quran, berketerunan Melayu, beragama Islam, telah berkahwin dan mempunyai tujuh kekasih hati.

Artikel Berkaitan: Cemarkan Raya Haji… Netizen Kecam Pelawak Wanita Mengaku Hafal 15 Juzuk al-Quran, Tiba-Tiba Buka Baju & Tanggal Tudung Sampai Separuh Bogel!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mengaku Sudah Berkahwin & Ada 7 Boyfriend, Pelawak Wanita Tampil Separuh Bogel Mengaku Tidak Bersalah… Sering Kongsi Tips Hubungan S*ks, Netizen Syak ‘Culture Shock’

Artikel Berkaitan: “Saya Masih Hormat Abang, Tapi Kenapa Perlu Kaitkan Isu..” – Pendapat Bercanggah, Shahrol Shiro ‘Tempelak’ Afdlin Shauki?

Sumber: Berita Harian, Harian Metro

Aqilah Paharuzi