PELIK KIRIMAN ‘KASIH’ KIM KARDASHIAN

 

Hari Kekasih atau Valentine’s Day selalunya disambut dengan kiriman hadiah kepada pasangan masing-masing atas rasa kasih sayang. Tetapi lain pula bagi aktres Hollywood terkenal, Kim Kardashian.

Isteri kesayangan penyanyi rap, Kanye West ini nampaknya menzahirkan rasa sayang dengan memberikan hadiah kepada ‘musuhnya’. Wow, weird huh?

Hadiah berkenaan berbentuk haruman koleksi Kimoji Hearts terbaharunya dalam tiga edisi : Bae, Ride or Die dan BFF. 

Katanya, setiap warna melambangkan maksud berbeza dan dibungkus bersama coklat berbentuk hati.

Ini tiga edisi haruman Kim Kardashian…

Antara nama-nama selebriti  yang menerima hadiah pewangi Bae termasuklah bekas adik iparnya, Blac Chyna, Taylor Swift  dan Paris Hilton.

Walau pun pewangi  Bae mempunyai aura sindiran tetapi melalui twiternya Kim sempat berkata,  “tidak semua orang yang menerima  Bae tergolong dalam kategori ‘musuh’ malah ada juga di antara rakan rapat saya mendapat ‘Bae’ termasuk ibu.”

Jadi ikhlas ke tidak hadiah ini hanya si pengirim dan penerima yang mampu mentafsirkan pengertiannya ya… apa pun sebaik sahaja dilancarkan parfum Kim sold out uolls!

 

SGMS Fas