CHACHA TAMPAL ‘MAKE UP’ SOROK HIDUNG RETAK

 

Baharu sahaja Ahad lalu, Melodi memaparkan hal Chacha Maembong dan penyanyi Didi Astillah terlibat dalam kemalangan kereta.

Melalui perbualan telefon waktu itu, Chacha memberitahu dia masih berehat di rumah kerana alami retak pada batang hidungnya.

Tetapi tup! tup! sehari kemudian kelihatan Chacha menjadi model untuk produk  solekan Rimmel London yang dianjurkan Watsons Malaysia Isnin lalu.

Eh! cepatnya dah pulih? Kata sedang berehat atas nasihat doktor?

Tetapi,  hidung pun dah nampak ok je.

Ketika dihampiri, Chacha memberitahu, sudah semakin pulih malah terpaksa tampal make up tebal-tebal agar tak nampak luka pada batang hidungnya.

Make up paling penting boleh sorok apa-apa pun,” katanya ketawa.

Tambahnya, doktor nasihat seafood pun tak boleh makan buat sementara waktu ni.

Betul tu Chacha nanti gatal lak hidung yang tengah nak baik dari bengkak tu… sabor je lah dulu ya bab makan seafood tu…

Bila dah cantik baru lah soru tak miss … tak gitu?

SGMS Fas