Pembedahan Dirahsiakan, Sissy Imann Akhirnya Dapat ‘Greenlight’

Penyanyi Sissy Imann enggan memberi sebarang maklumat tentang pembedahan yang dilakukannya baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Sissy atau nama sebenar Sissy Imann Mohammad Kamil menganggap pengalaman tersebut satu ujian buatnya untuk lebih kuat dan positif.

“Alhamdulillah hari ini baru saya rasa okey selepas hampir seminggu berehat. Selepas pembedahan tempoh hari, saya memang berehat sepenuhnya dan tak buat apa-apa.

“Pasal pembedahan itu, saya sebenarnya tak nak kongsi langsung tapi biasalah bila berada dalam situasi sebelum prosedur, jadi beremosi. Saya cuma mahu minta maaf siap-siap kerana apa saja boleh berlaku kan.

“Masalah kesihatan itu pun bukan jadi baru-baru. Sudah beberapa kali saya jumpa doktor sebelum pembedahan tapi butirannya saya tak kongsikan pun dengan sesiapa termasuk ibu bapa, bimbang mereka terlalu risau pula,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur doktor akhirnya membenarkan dia kembali untuk bekerja asalkan tidak melakukan kerja-kerja berat.

“Doktor kata okey dan bagi ‘greenlight’ untuk saya kembali bekerja. Memang masih terasa bekas-bekas sakit selepas pembedahan itu tapi saya sudah larat untuk ke sana-sini semula.

“Bagi saya, ujian sebegini sebenarnya menjadikan saya lebih kuat dan anggap ia hikmah untuk lebih positif ke depan. Insya Allah segalanya baik-baik saja selepas ini dan saya pun tak risau sangat,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jumpa Lagi, Insya-Allah” – Sissy Iman Ditidurkan, Mohon Ampun & Maaf Jika Pernah Menyakiti Sesiapa

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Sangat Kuat” – Selepas Ditidurkan, Sissy Iman Kini Stabil & Pembedahan Berjalan Lancar

Sumber: Harian Metro

Maya Basir