[VIDEO] Pakai Rotan Tak Jalan, Zarina Anjoulie Hentak Drum Sambil Ajar Anak Membaca Raih Perhatian!

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie mengakui menjaga anak-anak tidak mudah terutamanya dalam memberi pendidikan kepada mereka.

Zarina yang mesra disapa dengan panggilan Anju baru-baru ini mencuri perhatian selepas berkongsi video memaparkan momen bersama anaknya di Instagram miliknya.

Berdasarkan video tersebut, Anju menggunakan salah satu cara luar biasa untuk menghilangkan mengantuk serta karenah anaknya ketika sesi pembelajaran di rumah.

Anju mengambil inisiatif bermain drum mainan sambil mengajar anaknya membaca suku kata berjaya meraih perhatian ramai yang terhibur melihat gelagatnya itu.

“Ini la budak-budak asal nak study je mengantuk, lapar, berak, pemadam terjatuh, tiba tiba telinga sakit la.

“Tak apa mama ada ubat tak kasi ngantuk, aku hentak je gendang tu sebelah dia kasi semangat, biar hilang ngantuk tu.

“Tak ada lagi alasan ya, esok mama beli trompet,” katanya di ruang kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan selebriti terhibur melihat gelagat Anju itu yang sangat masuk air.

Sementara itu, ada juga segelintir netizen yang memuji Anju sangat kreatif untuk menghiburkan sesi pembelajaran kanak-kanak.

 

 

Aqilah Paharuzi