“Trend Pakai Rompers Ke?” – Netizen Kritik Fesyen Nadia Brian, Dilihat Tengah Syok Berparti Buih?

Pelakon, Nadia Brian sekali lagi jadi tumpuan apabila tampil seksi dalam muat naik terbarunya di media sosial.

Nadia Brian atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi menerima kritikan netizen akibat penampilan ‘seksinya’ yang dianggap seperti memakai pakaian bayi atau ‘rompers’.

Menerusi muat naik di Instagram miliknya, Nadia memaparkan dirinya berpakaian baju putih berlengan panjang namun bahagian bawah sisi baju tersebut terbuka sehingga mendedahkan bahagian pinganggnya.

Hantaran Nadia itu meraih perhatian netizen apabila rata-ratanya mengatakan penampilan seksi pelakon itu seperti memakai ‘rompers’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik penampilan Nadia yang dilihat seperti memakai ‘rompers’ malah ada yang memuji kecantikan Nadia.

Namun berdasarkan pemerhatian XTRA, Nadia kini dilihat sedang bercuti di atas kapal persiaran mewah.

Menerusi perkongsian Nadia di TikTok pula, pelakon drama Suri Hati itu memuat naik sebuah video yang memaparkan dia sedang bersuka ria berpesta buih di atas kapal mewah tersebut.

@nadia.brian Foam Party 🥰❤️ @resortsworldcruises #ResortsWorldCruises #GentingDream #JomCruiseRWC #GDR #ClowningAround ♬ original sound – Nadia Brian Goldring

Sebelum ini Nadia mengaku dirinya tidak boleh mengawal persepsi warganet untuk melabel dirinya sebagai simbol ‘seks’ malah hanya dirinya dan keluarga sahaja yang tahu bagaimana mengenai dirinya yang sebenar.Pelakon, Nadia Brian sekali lagi jadi tumpuan apabila tampil seksi dalam muat naik terbarunya di media sosial.

Nadia Brian atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi menerima kritikan netizen akibat penampilan ‘seksinya’ yang dianggap seperti memakai pakaian bayi atau ‘rompers’.

Menerusi muat naik di Instagram miliknya, Nadia memaparkan dirinya berpakaian baju putih berlengan panjang namun bahagian bawah sisi baju tersebut terbuka sehingga mendedahkan bahagian pinganggnya.

Hantaran Nadia itu meraih perhatian netizen apabila rata-ratanya mengatakan penampilan seksi pelakon itu seperti memakai ‘rompers’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik penampilan Nadia yang dilihat seperti memakai ‘rompers’ malah ada yang memuji kecantikan Nadia.

Namun berdasarkan pemerhatian XTRA, Nadia kini dilihat sedang bercuti di atas kapal persiaran mewah.

Menerusi perkongsian Nadia di TikTok pula, pelakon drama Suri Hati itu memuat naik sebuah video yang memaparkan dia sedang bersuka ria berpesta buih di atas kapal mewah tersebut.

Sebelum ini Nadia mengaku dirinya tidak boleh mengawal persepsi warganet untuk melabel dirinya sebagai simbol ‘seks’ malah hanya dirinya dan keluarga sahaja yang tahu bagaimana mengenai dirinya yang sebenar.

Khairil Khusyairi