Peminat ‘ARMY’ Teruja, BTS Pop Up Store Pertama Di Malaysia Mula Dibuka 8 September Di 1 Utama

Kekecewaan para peminat kumpulan K-Pop  nombor satu, Bangtan Sonyeondan (BTS) yang terpaksa membatalkan konsert jelajah Map Of The Soul 7 akibat COVID-19 kini terubat apabila BTS Pop Up Store Showcase dibuka di One Utama mulai 8 September.

BTS Pop UP Store Showcase yang terletak di Ground Floor Luxe One Utama bukan sahaja menjual pelbagai barangan jenama kumpulan terkenal itu malah turut menyediakan ruang yang unik untuk peminat berswafoto.

Keterujaan ARMY BTS pastinya bertambah apabila melangkah masuk ke ruangan BTS Pop Up Store yang dilengkapi pintu gergasi utama untuk menyambut ketibaan peminat.

Seakan berada di konsert BTS, para peminat yang melangkah ke ruangan utama disambut dengan dekorasi berkonsepkan studio keempat kumpulan BTS iaitu: Map Of The Soul :7.

Pengunjung turut dibawa mengimbau kembali era kegemilangan muzik BTS seperti Welcome Zonne : Holiday In Garange, animasi TinyTAN, Dynamite Disco, Black Swan Wings dan LED Wall.

Apa yang paling menarik terdapat 300 jenama barangan edisi terhad BTS dan koleksi kegemaran ramai termasuk pakaian, aksesori, koleksi beg, figurin karakter, poster, alat tulis dan banyak lagi.

Bagi mereka yang ingin mengunjungi BTS POP Up Store mula dibuka seawal jam 10 pagi sehingga jam 8 malam.

Para pengunjung juga  dapat menonton skrin utama yang memaparkan muzik video popular anggota BTS iaitu RM, Jin, Suga, Jimin, Jungkook, V dan J-Hope.

 

Walaubagaimanapun, SOP yang ditetapkan adalah seramai 30 orang pengunjung dan hanya pengunjung yang melengkapi dua dos sahaja dibenarkan mengunjungi BTS Pop Up Store.

Difahamkan, Malaysia merupakan negara kelima yang terpilih untuk pembukaan Pop-Up store khas ini selepas Korea Selatan, Jepun, Singapura, Filipina, dan Thailand.

ARMY BORAHAE! Jangan lepaskan peluang!

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”