Dilamun Cinta Dengan Model Kacak Beragama Islam, Agnes Monica Bakal Jadi Mualaf?

Penyanyi terkenal Indonesia, Agnes Monica didakwa bakal menamatkan zaman bujang dengan kekasih hatinya yang dikenali sebagai Adam Rosyadi, seorang jejaka beragama Islam.

Berikutan itu, ramai yang tertanya mengenai status agama yang bakal dianuti oleh penyanyi kini dikenali dengan nama Agnez Mo itu selepas mendirikan rumah tangga.

Ada yang berpendapat Agnes akan memeluk agama Islam dan ada juga yang berkata bakal suaminya itu nanti akan mengikuti kepercayaan Agnes yang beragama Kristian.

Terdahulu, status agama penyanyi ini pernah menjadi persoalan ramai warganet di Indonesia apabila tular beberapa keping fotonya yang disunting dengan memakai hijab di laman sosial.

Difahamkan, di negara Indonesia, pasangan yang berbeza agama dibenarkan berkahwin tanpa perlu menukar agama mereka.

Sehingga kini, Agnes tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara tersebut dan menganggap bahawa peminat mempunyai kebebasan dan pendapat masing-masing untuk bersuara mengenai selebriti kesayangan mereka.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”