“Ada Ramai Netizen Suka Bantai Di Media Sosial, Jangan Sebar Fitnah Nanti Muflis Di Akhirat”- Rosyam Nor

Pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor berkongsi pandangannya dalam mengutarakan beberapa isu yang tular di media sosial.

Menurut Datuk Rosyam Nor, terdapat banyak berita yang tular di media sosial yang boleh menjatuhkan fitnah terhadap seseorang

“Ada banyak perkara di luar sana yang sebenarnya boleh menjatuhkan fitnah. Kita tidak tahu apa implikasinya, justeru kita kena bertanya orang yang bijak pandai bagi menjawab soalan mengenai hukum hakam tersebut”.

“Ada sesetengah netizen yang “bantai”orang di media sosial tanpa mengetahui apakah implikasinya”,

“Di zaman fitnah ini jangan kita membuat wakaf dosa kelak akan muflis di akhirat. Janji happy tapi jangan rosakkan hati orang lain” jawabnya lagi.

Datuk Rosyam Nor menjawab pertanyaan sewaktu ditemui di sidang media secara maya mengenai program terbaru yang dihoskan beliau iaitu Sembang Viral yang akan mula bersiaran pada setiap hari, pukul 7.30 malam bermula 13 September 2021.

Sembang Viral, sebuah program berdurasi 10 minit yang dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor dan Fedtri Yahya akan membincangkan isu – isu yang dikongsikan netizen di media sosial dari perspektif Islam secara santai bersama – sama dengan ahli panel jemputan.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”