Orang Ramai Boleh Melancong Ke Langkawi Mulai 16 September

Para pengunjung yang ingin mengunjungi Pulau Langkawi perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut  Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri mulai 16 September, Langkawi boleh dikunjungi pelancong dari seluruh negara yang memenuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Pelancong mempunyai pilihan untuk pergi ke Langkawi melalui jalan udara dan darat. Bagi pergerakan menggunakan jalan darat, pelancong perlu menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan, sekurang-kurangnya untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan dari destinasi permulaan ke jeti feri ke Langkawi.

“Manakala bagi pelancong yang memulakan perjalanan mereka ke Langkawi dari negeri Kedah dan Perlis, serta yang menggunakan jalan udara, mereka tidak diwajibkan untuk menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Selain terhad kepada individu yang telah lengkap dua dos vaksin, antara SOP yang perlu dipatuhi pengunjung ialah ia mestilah percutian secara harian, bermalam, dengan tempahan penginapan atau tiket masuk yang dibuat lebih awal, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC.

Bagaimanapun, katanya kebenaran ini tidak terpakai kepada yang sedang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”