Cuti Tambahan Akan Diberikan Kepada Petugas Kesihatan – KJ

Kementerian Kesihatan (KKM) kini sedang mempertimbangkan untuk memberi cuti tambahan kepada petugas kesihatan terutamanya dalam menangani tekanan ketika mereka bertungkus-lumus membendung Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin juga memaklumkan selain cuti tambahan pihaknya juga akan menggerakkan unit psikologi untuk melaksanakan sesi kaunseling kepada mereka yang tertekan.

“Kita akan lihat bagaimana untuk kurangkan beban mereka (petugas kesihatan), namun jika dilihat kejayaan di Lembah Klang apabila vaksinasi dah berjaya, kita mula lihat kapasiti pesakit kritikal di hospital agak menurun dan memberikan kelegaan kepada petugas barisan hadapan.

“Jadi kita akan meneruskan usaha dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan kesihatan awam, yang mampu menyumbangkan penurunan (jumlah kes) dan (kurangkan) tekanan terhadap petugas kesihatan,” Katanya.

Justeru itu, KJ berharap agar petugas barisan hadapan bertahan untuk beberapa minggu lagi.

 

Sumber:BH

Salma Syahbuddin