“Apa Yang Dengki Sangat Dengan Sis?”- Rita Rudaini Akui Difitnah Rakan Industri, Didakwa Jalani ‘Shooting’ Walau Belum Vaksin

Pelakon popular, Rita Rudaini mendedahkan bahawa dirinya difitnah rakan industri apabila ada yang mengatakan beliau kini sedang menjalani penggambaran walaupun belum mengambil vaksin.

Perkara itu dikongsi Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 45, menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

 

Menurutnya, disebabkan tuduhan tidak berasas tersebut, namanya kini menjadi kecoh, sekali gus mengundang fitnah terhadap dirinya.

Bagaimanapun, pelakon drama rantaian Shah Alam 4000 itu percaya dengan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

“Sabarlah wahai teman, jangan takut dengan rezeki awak, rezeki awak dengan rezeki sis tak sama. 

“Tak payah berebut wahai teman, sebab saya percaya dengan rezeki yang Tuhan dah tetapkan.” katanya.

Tambah Rita, dia tidak kisah sekiranya nama digugurkan untuk tawaran drama 100 episod sekalipun kerana beliau percaya itu adalah yang terbaik.

“100 episod nama sis digugurkan pun, sis tetap okay. Sebab bagi sis Allah dah tulis macam tu. 

“Sis akan sentiasa bersangka baik dengan Dia. Sebab apa yang Dia tak bagi tu ada sebabnya dan Dia tidak pernah hampakan hamba-Nya,” tulisnya.

Terdahulu, nama Rita menjadi topik perbualan hangat netizen apabila ada yang membuat ciapan menerusi tangkap layar Instagram Story miliknya sedang merebus cengkih.

Selain itu, Rita juga pernah membidas dakwaan seorang pengacara televisyen yang melabel dirinya sebagai salah seorang anti-vaksin.

Salma Syahbuddin