“Macam Muka Puteri Raja..”- Kecantikan Anak Gadis Fiza Halim Curi Perhatian Ramai

Kecantikan anak gadis kepada pelakon dan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim berjaya mencuri perhatian orang ramai.

Baru-baru ini, Fiza berkongsi beberapa foto anak dara suntinya di laman Instagram setelah lama tidak bersua muka.

Menerusi ruangan komen dapat dilihat orang ramai membanjiri komen dengan kata-kata dan doa yang baik.

Malah, tidak kurang juga yang berjenaka memanggil Fiza dengan panggilan bakal ibu mentua.

Menurut Fiza kepada mStar, niatnya bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya kerana ingin melepaskan kerinduan setelah lima bulan tidak bertemu anak-anaknya.

Difahamkan, dua anak gadis Fiza, Feera Aryanna dan Feeya Adyrra kini di bawah penjagaan bekas suaminya setelah pasangan itu berpisah.

Feera Aryanna dan Feeya Adyrra merupakan cahaya mata hasil perkahwinan Fiza dengan Ahmed Fariq Zainul Abidin dan mereka berpisah pada 4 November 2010.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”