Hanya Mampu Titip Doa, 8 Ahli Keluarga Almy Nadia Positif Covid-19

Lapan ahli keluarga pelakon Datin Almy Nadia kini positif Covid-19.

Menurut Almy, ahli keluarganya yang positif adalah ibu, adik perempuan dan suaminya serta empat orang anak mereka.

Turut dijangkiti adalah anak angkat Almy yang kini berusia 12 tahun tinggal bersama ibunya.

Menerusi hantaran di di Instagram miliknya semalam, Almy turut memohon maaf kepada ibunya kerana tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana berjauhan.

Malah, isteri kepada pelakon Datuk Fizz Fairuz itu juga hanya mampu menitipkan doa buat ibunya dan lapan lagi ahli keluarganya yang dijangkiti wabak itu.

“Selepas anak angkat saya dan anak saudara diserang demam kira-kira lima hari lalu, ibu pula terkena gejala sama dan batuk.

“Semua ahli keluarga yang positif ditempatkan dalam sebuah bilik. Ayah dan adik lelaki menjadikan ruang tamu sebagai tempat tinggal sementara.

“Emak agak teruk berbanding ahli keluarga lain. Emak mengalami batuk yang teruk dan merasa ketat pada bahagian dada,” katanya

Bagaimanapun, bapa dan adik lelaki pelakon itu tidak dijangkiti virus ini berikutan keputusan ujian calitan yang dibuat mereka pagi semalam.

Sumber: BH

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”