Peminat ‘Heavyweight Bhangra’ Siap Sedia…Dosanjh Gegar KL Live 13 Disember Ini

Penyanyi terkenal India, Diljit Dosanjh bakal gegarkan pentas KL Live , Life Centre, Kuala Lumpur pada 13 Disember ini.

Selebriti berusia 35 tahun ini memaklumkan dia teruja pertama kali dapat menghiburkan peminat di Malaysia.

“Saya sudah sedia menggegarkan kalian dengan lagu-lagu hits saya. Sudah banyak saya dengar tentang Malaysia.

“Sudah tiba masanya mempersembahkan kepada mereka semua bagaimana ‘heavyweight bhangra’ dilakukan.

“Saya juga akan muncul bersama kesemua anggota band saya. Jadikan hari itu nanti sebagai hari penuh bersejarah untuk saya dan kalian. Jumpa nanti, Malaysia,” katanya menerusi panggilan video bersama para wakil media, hari ini.

Sidang media yang diadakan di Tandoor Grill hari ini turut dihadiri oleh wakil penganjur dari Trish Events dan Palvin Productions.

Rugi siapa yang tidak dapatkan tiket menyaksikan bintang yang semakin bersinar ini!

Untuk rekod, Diljit mempunyai 13 buah album, 21 buah filem Bollywod dan Punjabi serta 40 buah single sepanjang kariernya.

Tiket sudah boleh dibeli di www.myticket.asia dengan harga RM 249. Ini kerana tiket ‘early bird’ berharga RM 199 dan RM 299 (premium) telah habis dijual.

Tak sabar nak tengok bintang ini menyanyi lagu-lagu hitsnya seperti Do You Know dan Patiala Peg pada 13 Disember depan!

SGMS Faida