“Tidurlah sayang. Rehatlah sayang.” – Anak Ali Puteh Meninggal Dunia

“Tidurlah sayang. Rehatlah sayang”, setelah hampir tiga bulan menderita, anak pelawak, Ali Puteh disahkan meninggal, pagi tadi.

Sharifah Ainul Mardhiah, 3 bulan disahkan meninggal dunia akibat masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang di Hospital Serdang.

“Sedekahkan al Fatihah buat anak syurga ini. Tunggu walid dan ibu di sana.Tidurlah sayang. Rehatlah sayang.

“Syurga tempat mu sayang. Allahuakbar,” tulisnya di IG sebentar tadi.

Terdahulu, Ainul pernah dilaporkan dalam keadaan kritikal dan terpaksa bergantung sepenuhnya dengan alat bantuan pernafasan.

Keadaan itu berlaku selepas Ainul menjalani pembedahan susulan masalah injap jantung terbalik.

Arwah dilahirkan pada 6 Ogos disahkan menghidap jaundis dan dipindahkan ke Hospital Ampang selepas lima hari dilahirkan.

Selain Ainul, Ali mempunyai seorang lagi anak perempuan, Sharifah Nur Aaira Qaireen yang kini berusia dua tahun.

Oleh: Guy Masaki

Kredit Foto: Instagram @aliputeh89

Del14