Hiburan By: SGMS Faida August 21, 2019 @ 11:37am

‘Itu Hanya Lakonan, Saya Masih Gagah’- Fikry Ibrahim Jawab Soalan Warganet

Bawa watak sebagai lelaki sedikit lembut di dalam Kau Yang Pertama, pelakon Fikry Ibrahim mengaku ia merupakan pengalaman pertama membawa watak sebegitu.

Dalam masa sama, dia terkejut apabila ada di antara pengikutnya di Instagram bertanyakan soalan sama ada watak di dalam drama itu adalah gambaran dirinya sebenar.

“Terkejut juga saya ketika ditanya soalan itu. Itu hanya sifat saya dalam lakonan. Karakter lelaki yang manja dengan ibu dan sedikit lembut. Itu hanya watak saya sebelum berkahwin dalam drama Kau Yang Pertama.

“Saya tidaklah selembut karakter seperti dalam drama itu. Masih gagah,” katanya sambil ketawa.

Fikry ketika ditemui di sesi ramah mesra bersama peminat Kau Yang Pertama baru-baru ini juga kesal apabila ada warganet yang mengecam keluarganya gara-gara tindakannya melanggar prinsip tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita bukan mahram.

“Saya memang agak kecewa dan sedih apabila warganet ‘menyerang’ keluarga saya. Jika hendak kecam sekalipun, cukuplah setakat saya yang menjadi mangsa.

“Kenapa mereka perlu mengaitkan ibu saya sekali? Kalau ibu terbaca komen sedemikian, tentunya dia sedih,” kata Fikry.

Sebelum ini, Fikry pernah mendapat pujian peminat apabila memegang prinsip enggan menjayakan babak bersentuhan dengan pelakon wanita dalam drama lakonannya.

Begitupun, menerusi naskhah terbaru arahan Hadith Omar siaran slot Akasia, menerusi beberapa babak, pelakon terbabit dilihat memegang Tasha yang berlakon sebagai tunangnya.

Cuba menjelaskan perkara itu, tegas Fikry, kenyataan diberikan olehnya berhubung perkara terbabit sebelum ini disalah erti.

“Saya pernah menyatakan, saya takkan memuat naik gambar wanita tak bertudung di laman sosial dan cuba untuk tidak bersentuhan dengan pelakon perempuan.

“Saya tahu, soal bersentuhan dengan pelakon wanita agak sensitif. Saya menerima komen warganet dengan berlapang dada,” akhirinya yang lebih berhati-hati selepas ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

‘Aafiyah Anak Yang Matang’ -Siti Nurhaliza

Selagi boleh, saya akan cuba bawa Aafiyah…

Hiburan Fri, 22 Jun 2018

Zul Ariffin Separuh Bogel Di Thailand, Undang Komen Lucah Netizen

Gambar yang dimuat naik beberapa jam ini telahpun mendapat 48, 940 likes. Difahamkan, Zul Ariffin kini sedang menikmati percutian beliau bersama teman-temannya di sebuah pantai peranginan yang popular di Thailand.

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

Big Bang to Release Song with All 5 Members in it!

Though most of them are in the army right now, they are still able to release a song that has all 5 of them.

Hiburan Thu, 15 Aug 2019
Hiburan Fri, 16 Jun 2023

“Semoga Hati Kita Terus Terbuka, Diisi Dengan Keimanan,” – Sweet! Essam Muhammad Titip Ucapan Buat Permaisuri Hati, Mizz Nina

Permaisuriku, hatiku, isteriku tercinta, Mizz Nina… Alahai sweetnya Essam ni 🥰🥰