Hiburan By: SGMS Faida October 7, 2019 @ 8:00am

‘Aafiyah Anak Yang Matang’ -Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal mengadakan persembahan di Oz Asia Festival bertempat di Adelaide, Australia.

Di kesempatan itu juga, Siti bakal membawa puteri kesayangannya, Siti Aafiyah Khalid terbang ke sana.

“Selagi boleh, saya akan cuba bawa Aafiyah untuk ikut saya bersama. Bukan apa, sambil saya bekerja boleh luangkan masa bersama dia.

“Sementara berpeluang melihat anak membesar di depan mata, saya gunakan peluang ini sebaik mungkin.

“Aafiyah juga seorang yang matang. Mungkin sebab faktor umur ibu dan ayahnya. Dia seorang yang sangat mudah untuk dibawa ke mana sahaja,” kata Siti di majlis pelancaran telefon pintar Vivo V17 Pro, baru-baru ini. 

Tambah Siti, konsert berkenaan bakal berlangsung pada 16-21 Oktober di Festival City, Adelaide.

Dalam perkembangan lain, Siti memaklumkan bakal tampil dengan sebuah album penuh yang turut menampilkan lagu pop dan sebuah lagu tradisional hujung tahun ini.

Mereka yang berhasrat untuk menonton konsert Siti Nurhaliza, anda berpeluang membeli tiket-tiket berharga berharga $149 (RM573.35), $99 (RM285.23), $78 (RM224.73) dan (RM216.09).

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.ozasiafestival.com.au/events/siti-nurhaliza/

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 May 2023
Hiburan Mon, 17 Jul 2023

[VIDEO] Akim Ahmad Teringin Isteri C*um Masa Live, Reaksi Stacy Anam Buat Netizen Terhibur!

Straight forward terus 🤣 Cute betul lah Stacy & Akim sempoi je! 🥰

familuv Thu, 17 Nov 2022

“I Sayang You, Honey” – Sweet Betul Ucapan Alyah Sempena Birthday Tok Ram!

Penyanyi terkenal, Datin Alyah menitipkan ucapan istimewa bersempena sambutan ulang tahun kelahiran suaminya, pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS.   View this post on Instagram   A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) Alyah […]

Hiburan Sun, 22 Oct 2023
Hiburan Sun, 16 Sep 2018

山脚下男孩25周年开唱「我们做到了!」

「山脚下男孩」七子因吴彬安在去年逝世而无法圆满,其他六位成员承诺「会带着彬安」一起上台;故在怀缅彬安的环节上,特别摆着麦克风「留下彬安位置」,并凭歌《都有你在》唱出思念之情。

Events Sat, 26 Jan 2019

Syamel Tak Pernah Mengecewakan?

Tak sia-sia Syamel kurus!