Hiburan By: Padin April 6, 2023 @ 10:20am

Puteri Sarah Tak Hadir Kes Sebutan Nusyuz, Syamsul Yusof Mohon Doa – “Hanya Mampu Bersangka Baik Kepada…”

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menetapkan tarikh baharu iaitu 8 Mei bagi sebutan tuntutan nusyuz yang difailkan oleh pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, 39, terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 38.

Tarikh baharu itu ditetapkan berikutan Puteri Sarah tidak dapat hadir kerana tuntutan kerja di Jakarta, Indonesia.

“Hari ini adalah sebutan nusyuz, tapi Puteri Sarah tidak dapat hadir kerana dia ada urusan di luar negara.

“Saya pun tak mahu cakap banyak sebab takut salah cakap. Apa-apa pun, doakan yang baik-baik antara saya dan Puteri Sarah sama ada berakhir dengan baik atau tidak.

“Kita doakan yang terbaik. Kadang-kadang kita tak tahu yang terbaik untuk kita mungkin tak baik untuk kita. Allah Maha Mengetahui. Hanya mampu bersangka baik kepada sesiapa saja di luar sana,” katanya kepada XTRA.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof ditemui usai kes sebutan tuntutan nusyuz dan ditemani peguam syarie yang mewakilinya, Azmi Mohd Rais.

Pada masa sama, pengarah filem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam ini juga memohon doa yang baik-baik untuk dirinya dan rakan-rakannya yang menghadapi kemelut rumah tangga.

“Untuk semua netizen, doakanlah yang terbaik bukan untuk saya saja tapi rakan-rakan artis yang lain sebab kita nampak benda ini sudah jadi macam trend.

“Ini bukan perkara main-main. Ini mengenai kehidupan peribadi dan tidak nampak indah yang disangka.

“Inilah realiti. Doakanlah kami semua. Itulah hakikat sebenar,” katanya.

Terdahulu, Syamsul yang memfailkan permohonan nusyuz pada 21 Mac lalu tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, kira-kira jam 9.10 pagi bagi sebutan pertama kes nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Sementara itu, Puteri Sarah tidak hadir dan hanya mewakilkan peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Terdahulu, peguam Syamsul berkata, Puteri Sarah terbabit dalam beberapa tuntutan nusyuz atas beberapa alasan.

“Syamsul sudah memfailkan kes tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah dan kami berusaha mendapatkan kebenaran untuk menyerahkan saman memandangkan Puteri Sarah tinggal di Wilayah Persekutuan. Jadi kami akan serahkan saman ini kepada dia dalam masa terdekat ini.

“Nusyuz adalah isteri tidak taat dan derhaka, jadi Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz ini kepada Puteri Sarah kerana beberapa alasan yang dinyatakan dalam tuntutan tadi.

“Antaranya dia meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, keduanya masih menghubungi bekas kekasihnya dan ketiga enggan mematuhi notis nusyuz serta keempat sudah membuat fitnah terhadap Syamsul seperti memukul dan tidak memberi nafkah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Nora Danish Nak Anak Lagi?

Sama-samalah kita doakan semoga impian Nora menjadi kenyataan

Featured Tue, 30 Aug 2022
Trending Thu, 1 Mar 2018

神乎其技!日本15岁绘师用颜色笔画出「真」钻石

最近,一组超逼真的「宝石画」在日本推特上流传。画上的宝石不仅很有光泽,还立体度十足。大家纷纷猜测画画的是谁,真相公布后,所有人都大吃一惊,原来那名神秘绘师是一名年仅15岁的少年。

Featured Mon, 8 Jan 2024

Kongsi Video Menantu Kesayangan, Patimah Ismail Restu Puteri Sarah ‘Berteman’ – “Moga Ada Yang Menemani PSL & Anak-Anak Holiday”

Mashaa-Allah, Datin ni memang jadi inspirasi betul lah… tak pernah rasa give up mendoakan yang terbaik buat Sarah❤️

Trending Mon, 28 May 2018

Florida ‘Diserang’ Alberto, Ribuan Siapsiaga Pindah

Pihak berkuasa daerah Franklin di Florida Panhandle sudah mengeluarkan arahan berpindah mandatori kepada semua penduduk di 4,200 unit kediaman, manakala daerah Taylor di timur, menawarkan arahan berpindah sukarela kepada penduduk di kawasan pantai.