Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 4, 2026 @ 2:30pm

Umairah Hilang Tempat Luah Perasaan, Terkejut Amad Pindah Kuantan Bersama Bapa – “Bila Dah Tak Duduk Sekali Rasa Kosong”

“Dia suka kacau saya, jadi bila tak duduk sekali ni rasa kosong dan tak ada tempat luah perasaan”.

Demikian respons penyanyi yang juga anak saudara kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Umairah terhadap keputusan yang diambil adiknya, Ahmad Dayyan.

Kata Umairah atau nama lengkapnya, Ummi Umairah Saiful Anuar, dia berasa sunyi dan terkejut apabila Amad berpindah ke Kuantan dan tinggal bersama bapanya sejak dua minggu yang lalu.

“Dia suka kacau saya. Saya pula jenis duduk dalam bilik. Dia suka mengacau saya, nyanyi sama-sama.

“Semua tahu kalau show ke kita orang live memang berdua kan. So bila dah tak duduk sekali dengan dia saya rasa macam kosonglah. Tapi tak apa, kita orang still contact,” katanya.

Umairah berkata demikian ketika ditemui usai majlis pelancaran single terbaharunya, Hujung Indah yang diadakan di Hotel Ideas, Kuala Lumpur pada, Rabu.

Mengulas lanjut mengenai ketiadaan Amad, Umairah mengakui sedikit terkesan dengan ketiadaan adiknya itu kerana dia sering berkongsi dan menjadikan Amad sebagai tempat untuk meluahkan perasaan.

“Nak buat macam mana kan, Allah dah tentukan. Saya pun terkejut juga sebab masa tu saya dekat asrama, tahu-tahu dia dah pindah. Tapi sebelum dia pindah ke Kuantan tu dia sempatlah jumpa saya.

“Dia kata “Kakak kena kuat”. Saya memang rapat dengan Amad.

“Rumah pun agak sunyi… tapi macam saya sendiri sudah tak ada tempat meluahkan perasaan. Tapi nak buat macam mana kan?,” jelasnya.

Terdahulu, Siti Saerah gagal menyembunyikan emosinya apabila diajukan soalan mengenai keputusan Ahmad Dayyan Saiful Anuar atau lebih dikenali sebagai Amad, yang memilih untuk menetap bersama bapanya.

Menurut Saerah, keputusan tersebut bukan sesuatu yang mudah untuk diterima sebagai seorang ibu, namun dia tetap menghormati pilihan yang dibuat oleh anaknya itu.

Artikel Berkaitan: Siti Saerah Tak Halang Amad Menetap Dengan Bapa Di Kuantan – “Ibu Mana Tak Sedih, Tapi Itu Pilihan Dia”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Aug 2024

[VIDEO] Ezlynn Beri Keizinan Suami Nak Cari Isteri Ketiga – “Dia Nak Orang Indonesia Pula”

‘Lumrah seorang isteri akan rasa diri kita ni tak cukup baik dan ‘sempurna’ – Ezlynn

Featured Thu, 6 Apr 2023

“Kalau Tak Ada Tiga Benda Ni, Rumah Tangga Tak Akan Kekal…” – Tajul Ariff Kongsi Tips Kahwin Muda 

Nak berkahwin di usia muda ni bukan senang guys 😣 Make sure betul betul ready ok!

Featured Tue, 31 Mar 2020

Sudahlah enak dimakan, bagus pula untuk antipenuaan, jagung oh jagung!

Pati minyak jagung banyak digunakan dalam produk kosmetik

Featured Wed, 19 Oct 2022
Featured Sun, 7 Aug 2022
Hiburan Wed, 24 Jul 2019

‘Saya Putus Cinta’- Najwa Latif

While I’m writing this, Wawa masih takda boyfriend lagi when kawan kawan Wawa ada yang dah ada boyfriend, tunang, kahwin, ada anak.

Featured Mon, 24 Feb 2025

Penyanyi Sambilan Dipercayai Mati Dib*nuh Teman Lelaki

Polis menemukan mayat wanita yang berlumuran darah di atas katil,

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

’Bukan Minta Puji Sentiasa…’- Izzue Islam Ambil Peluang Jadi Duta DFKL Untuk ‘Basuh’ Netizen

Guna peluang bergelar duta DFKL 2019, apa agaknya rancangan Izzue di program jelajah nanti?

Hiburan Wed, 13 Nov 2019
error: Content is protected !!