Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 29, 2023 @ 5:00pm

Gosip Cinta Jefri Nichol & Ameera Khan, Neelofa ‘Open Minded’ Soal Jodoh Adiknya

Usahawan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor akhirnya tampil menjawab gosip cinta adiknya, Nur Ameera Khan, 22, bersama pelakon Indonesia, Jefri Nichol yang tular baru-baru ini.

Neelofa atau lebih mesra dengan panggilan Lofa berkata, dia tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut dan hanya mengetahui mengenai komen yang sering diterima Ameera oleh pengikut di negara itu.

“Saya tahu dia banyak menerima komen-komen dari netizen Indonesia tapi untuk gosip tu saya tak sedar pun dan dengan siapa dia di kenenkan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)

 

Bagaimanapun, Lofa yang juga tercalon bagi Pengacara TV Popular Anugerah Bintang Popular, Berita Harian ke-35 (ABPBH35) lebih bersikap terbuka mengenai jodoh adiknya.

“Saya banyak bersembang dengan Haris. Saya cakap Ameera budak baik. Dia kalau dapat orang yang betul, boleh bantu dan bimbing, akan jadi seorang isteri yang baik,”

“Asalkan sesuai dan dia seorang yang baik dan boleh membimbing, saya okay,” jelasnya.

Terdahulu, tular sepotong video di TikTok memperlihatkan Ameera dan Jefri sedang membuat panggilan video.

Malah, Ameera dilihat membuat tangkapan skrin daripada panggilan video mereka itu yang dipercayai untuk disimpan sebagai kenangan.

Rakaman video tersebut juga turut dikongsikan oleh Rosix Omar menerusi akaun TikTok miliknya sehingga menerima pelbagai komen dalam kalangan warganet.

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 9 Jul 2025

Shila Amzah Dedah Ibu Lebih Ceria & Teratur Selepas Bercerai – “Dia Ada Support System Yang Saya Sendiri Tak Ada”

Shila Amzah mengakui kehidupan ibunya, Fauziah Sarman kini semakin baik malah lebih teratur berbanding sebelumnya.

Hiburan Wed, 8 Jan 2025
Hiburan Wed, 19 Jun 2019

Lepas Berdamai, Taylor Swift Ajak Katy Perry Jadi ‘Burger’ Dalam Muzik Video YNTCD

Selepas 13 jam tayangan video muzik tersebut telah mendapat 12 juta tontonan di YouTube.

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

挥别7年情!邱翠雯靠创作《也许以后》自我疗伤

全新单曲《也许以后》,邱翠雯用创作记录了在放下7年感情后疗伤过程中的经历感受。

Trending Tue, 29 Dec 2020
Featured Thu, 9 Mar 2023

[VIDEO] Suami Buat Kejutan, Siti Elizad Menangis Gara-Gara…

Awww so sweet tapi sebak sangat bila sentuh bab zuriat!

Trending Thu, 28 Apr 2022
Featured Sat, 12 Aug 2023
Featured Mon, 29 Nov 2021

Lagu Cinta Kita 3: Kay & Ika Tersingkir, Ada Pasangan Dapat Restu Kahwin? Jom Recap Episod 5!

Episod kelima Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan cinta agung berlangsung pada malam tadi. Episod terbabit telah menyaksikan persaingan antara lima pasangan iaitu Hariz & Wanie, Malhamka & Yuveena, Pasya & Puteri, Kay & […]

error: Content is protected !!