Peminat Sedih Tulang Belakang Zamani Semakin Melengkung – “Sakit Pun Masih Nyanyi Untuk Kami, Suara Macam Telan Kaset..”

Umum sedia maklum tahap kesihatan penyanyi Zamani tidak seperti dahulu lagi bahkan sebelum ini, vokalis Slam itu juga mendedahkan dia mempunyai masalah tulang belakang.

Menerusi sebuah perkongsian yang tular di ruangan media sosial Twitter, video tersebut memaparkan penampilan terkini Zamani dimana struktur tulang belakang badan dilihat semakin merosot sehingga membengkok.

Sebelum ini, pelantun lagu Gerimis Mengundang juga tidak menafikan ada menggunakan dadah satu ketika dahulu memberi kesan kepada penyakit yang dihidapi kini.

Tinjauan di ciapan tersebut mendapati ramai dalam kalangan peminatnya bersimpati dengan nasib yang menimpa penyanyi itu.

Peminat turut memuji nyanyian Zamani seperti ‘telan kaset’ kerana tidak berubah dan kagum dengan semangatnya yang tetap keluar mencari rezeki meskipun struktur badannya kian berubah.

Menerusi satu perkongsian oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Anna Sofia, dia mendedahkan Zamani sempat memohon maaf atas kondisinya yang tidak seperti dulu lagi ketika menjayakan persembahan di sebuah majlis berbuka puasa.

@annasoffiya

🦋🌼🍃🌹#iftar2022 #fypシ #fyp #foryou

♬ original sound – Anna Soffia – Anna Soffia

Zamani turut memuat naik perkongsian di Instagram miliknya mengenai rakaman tersebut dan ruangan komennya dibanjiri luahan hati peminat yang sentiasa teruja serta memuji kelunakan suaranya yang masih tetap merdu walaupun kondisinya semakin berbeza.

Ramai dalam kalangan mereka sempat menitipkan doa agar kesihatan Zamani bertambah baik dan kekal sihat agar boleh terus menghiburkan orang ramai dengan deretan lagu-lagu ‘berhantunya’ itu.

Aqilah Paharuzi