Isu Berpelukan Dengan Beego & Aziz M. Osman, Nora Danish Malas Layan Komen Netizen – “Betul Peluk, Tapi Tiada Nafsu!”

Pelakon cantik, Nora Danish mengakui malas melayan komen netizen terutamanya yang berbaur kecaman apatah lagi jika melibatkan hal peribadi beliau.

Ini termasuklah perkongsian video berpelukan bersama-sama pelakon drama Puteri Reunion yang heboh diperkatakan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN:Netizen Tegur Nora Danish Selamba Peluk Suami Orang… Tapi Ada Warganet Sebak Lihat Hubungan Terjalin Dah Macam Keluarga

Menurut Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif, 40, aksi memeluk pelakon Beego dan pengarah terkenal, Aziz M. Osman yang tular baru-baru ini tidak seharusnya menjadi isu yang besar atau kontroversi kerana kedua-duanya sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

“Saya memang tak layan sangat kecaman-kecaman ni. Terutamanya pada netizen yang tidak mengenali saya.  Jika nak cakap tentang peluk Beego dan Aziz M.Osman perkara tersebut tidak seharusnya menjadi isu kerana saya sudah menganggap mereka sebagai abang dan bapa sendiri.

“So bila jumpa, peluk tu memang tiada nafsu.Yang ada hanyalah kasih sayang kekeluargaan. Orang yang tengok tu bernafsu maknanya mereka lah yang bernafsu,” katanya kepada XTRA.

Nora menjelaskan mengenai perkara tersebut ketika sesi sidang media secara maya menerusi drama Puteri Reunion baru-baru ini.

Sementara itu, pelakon drama Puteri ini juga menjelaskan dia sudah cukup bersedia dari segi fizikal dan mental terhadap apa jua perkongsian yang dibuat di laman sosial miliknya.

“Apa benda yang saya buat atau yang saya share di sosial media bermakna saya memang dah bersedia untuk kongsikan. Tapi ada juga kadang-kadang yang saya share saya terlepas pandang. So kalau suami saya, keluarga saya nasihatkan saya akan ambil peduli. 

“Jadi, saya tidak pentingkan sangat kata-kata netizen tu, yang penting apa yang kami rasa dalam hati dan kami nak share dengan orang yang memahaminya sahaja,” jelasnya.

Terdahulu, Nora diasak dengan pelbagai komen negatif yang menyifatkan beliau sebagai tidak tahu menjaga adab dan batas pergaulan selepas memuat naik aksi berpelukan bersama pelakon-pelakon Puteri yang lain.

 

 

Salma Syahbuddin