Peminat Terkedu, Syafiq Kyle Kongsi Foto Tak Berbaju

Aduh, tak senang duduk peminat Syafiq Kyle apabila pemenang anugerah Pelakon Drama Lelaki Popular ABPBH 32 baru-baru ini memuat naik fotonya yang tidak berbaju di laman twitter. 

Foto yang diambil khas untuk majalah tempatan, EH! itu adalah untuk menyambut ulang tahun ke-20 majalah itu tahun ini. 

“A nicer shade of red,” tulis Syafiq pada foto tersebut. Foto Syafiq yang merenung lensa kamera, kelihatan seksi dengan sehelai jaket berwarna merah darah di atas kepalanya yang menampakkan bahagian dada rata-rata telah membuat peminatnya tak keruan!


 Syafiq akan tampil dengan pelakon Mimi Lana, Fauziah Ahmad Daud, Sweet Qismina, Faizal Hussein dan ramai lagi dalam filem bergenre seram, Pusaka yang akan menemui peminat di pawagam hujung bulan nanti.
Del14

Recent Posts