Penampilan Dikatakan Seksi? Ini Respons Elly Mazlein… – “Saya Sayang Netizen, Biarlah Ramai Kecam”

Sebut sahaja nama pengacara dan pelakon, Elly Mazlein, pasti ramai yang mengenalinya dengan karakternya yang lucu dan bersahaja.

Namun disebalik ‘gila-gila’ beliau, ada segelintir warganet yang kurang senang lebih-lebih lagi dengan penampilannya dalam sebuah rancangan realiti pertandingan nyanyian baru-baru ini.

Enggan membiarkan diri terpalit dengan rasa negatif, Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina itu mengambil teguran dan kritikan yang diterima dengan hati terbuka.

“Tak kisah pun kalau ada yang tegur atau kritikan. Bagi saya, itu adalah tanda mereka sayang. Bila ditegur, saya ambil maklum dan berterima kasih atas sokongan mereka.

“Saya sayang netizen. Biarlah ramai yang mengecam di media sosial, kerja tetap berjalan seperti biasa. Saya tak boleh ambil hati atau berang dengan teguran mereka.

“Saya tak suka wujudkan aura negatif dalam kehidupan. Positif kan diri sendiri itu penting untuk kesihatan mental. Saya mahu kerja dalam keadaan menyenangkan,” katanya.

Bergandingan dengan pelawak dan pengacara popular Indonesia, Rina Nose, Elly akui kerjasama antara mereka di pentas sangat baik dan menyeronokkan.

“Saya sangat seronok dapat mengacara Big Stage 5 kali ini. Apatah lagi, bergandingan dengan Rina Nose. Kami dua-dua sama ‘gila’. Jadi mudah untuk kerja sama.

“Juri dan para peserta pun membantu mewujudkan aura positif. Jadi saya perlu beri yang terbaik dan sentiasa bertenaga dalam mengacara,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

Khairil Khusyairi