Penangan Putus Cinta, Selena Gomez Alami Masalah Mental?

Patah Tumbuh Hilang Berganti…tapi lain pula hal yang terjadi pada Selena Gomez. Mungkin kerana belum temui pengganti, penyanyi ini dilaporkan berdepan masalah kemurungan.

Sebelum ini, penyanyi terkenal ini pernah dimasukkan ke hospital pada 2016 atas tujuan pemindahan buah pinggang.

Beliau sekali lagi dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan mental dan tekanan darah rendah. 

Menurut sumber media antarabangsa, Gomez masih tidak boleh menerima hakikat bekas kekasihnya, Justin Bieber kini telah berkahwin dengan seorang model, September lalu.

Berita perkahwinan dua sejoli itu ternyata membuatkan Selena hampa dan mengalami masalah kemurungan sehingga terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat psikiatri bagi memulihkan semangatnya.

“ Selena kini ditempatkan di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles selama dua minggu untuk pantauan rapi termasuklah berdepan masalah tekanan darah rendah.

“ Dia juga mengalami ketidakstabilan emosi buat masa ini,” kata sumber metro.co.uk.

Tahap kesihatan Selena terganggu sejak percintaan selama lapan tahun bersama Justin tidak dapat diselamatkan lagi. Sabarlah ya, semoga cepat sembuh! 

SGMS Faida