Penat Kerja Kot… Elvina Kongsi Detik Cemas!

Pelakon Datin Elvina Mohamad berdepan detik cemas apabila mengalami pendarahan di lokasi penggambaran

Katanya, situasi itu berlaku mungkin disebabkan terlalu penat bekerja.

“ Kejadian berlaku ketika berpuasa. Memang saya risau memandangkan ini pengalaman pertama saya hamil.

“ Alhamdulillah, mujur tiada apa-apa berlaku. Usia kandungan saya juga sudah memasuki tiga bulan, malah seluruh keluarga begitu teruja memandangkan bayi yang bakal lahir ini adalah cucu sulung kedua-dua belah pihak,” katanya kepada BH Online.

Elvina yang kini hamil tiga bulan mengaku dia tidak begitu bertenaga mengharungi trimester pertama kehamilan.

“ Sepanjang Ramadhan, badan agak lemah. Namun terpaksa kuatkan diri kerana sudah terikat dengan komitmen penggambaran,” katanya.

Elvina mendirikan rumah tangga dengan usahawan dan selebriti sukan permotoran, Datuk Mohd Haniff Borhan, 32, pada 18 Mac lalu.

SGMS Faida