Penat Layan Komen Negatif Punca Shila Amzah Alami ‘Anxiety’ – “Ia Berlaku Sejak Mac Lalu…”

Penyanyi Shila Amzah baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau mengalami masalah gangguan kebimbangan melampau atau anxiety berpunca daripada masalah kesihatan yang dihidapinya sejak Mac lalu.

Menurutnya, faktor terjadinya masalah itu adalah disebabkan keadannya yang terlampau penat dan juga terkesan dengan komen-komen negatif yang diberikan netizen terhadapnya.

“Antara faktor yang membawa kepada penyakit ini ialah saya penat. Kadang-kadang nak cari komen positif kemudian terjumpa perkara negatif pun turut memberi kesan kepada emosi,”katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertikai Kredibiliti Vokal, Shila Amzah Mohon Netizen Berhenti Melaga-lagakan Orang -“Jika Anda Peminat Sebenar, Baik Hentikan!”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Perlukan ‘Validation’ Anda” – Peminat Doakan Shila Amzah Kuat Mental & Fizikal

Malah, masalah kesihatan ini juga turut menganggu persembahan nyanyiannya di atas pentas.

Shila atau nama penuhnya, Nurshahila Amzah, 32, mengakui tidak pernah meletakkan sebarang sasaran sebaliknya terus memberikan yang terbaik pada setiap persembahan dan nyanyiannya.

Terdahulu, Shila pernah memaklumkan beliau tidak mahu peminat saling bertelagah apabila terdapat segelintir yang mempertikaikan kredibiliti vokalnya dengan penyanyi popular lain termasuklah, Datuk Siti Nurhaliza dan Aina Abdul.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah Sedia Pertimbang Kerjasama Dengan Sharnaaz – “Saya Cuma Tidak Mahu Orang…”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Penampilan Tindik Hidung Shila Amzah Dikritik, Peminat Bidas Komen Netizen Mulut Puaka – “Tak Salah Pun, Janji Tak…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Biasanya Kalau Malu-Malu Ni Belum…” – Hadir Ke Konsert, Netizen Sakat Sharnaaz Ahmad & Shila Amzah

ARTIKEL BERKAITAN:Tidak Tolak Untuk Bercinta Lagi, Namun Shila Amzah Lebih Berhati-Hati – “Saya Suka Dilamun Cinta!”

 

Sumber: Kosmo

Salma Syahbuddin