4 Jam ‘Make Up’, Zul Ariffin Tak Kisah Muka Buruk Demi Talbis Iblis – “Hari-Hari Saya Kena Cukur Rambut”

Pelakon Zul Ariffin memberitahu dia tidak kisah dengan imej hodoh yang dilakonkan dalam filem Talbis Iblis.

Zul berkata proses solekan untuk dirinya menjadi hodoh memakan masa yang agak lama malah menganggap ia satu kelainan bagi kerjaya lakonannya.

“Hari-hari saya kena cukur rambut, kalau tidak, solekan khas itu tak lekat pada muka dengan betul.

“Saya pun tak pernah cukur rambut, jadi saya buat untuk pertama kalinya.

“Empat jam bersolek, first time dalam hidup saya bersolek selama itu, lama jugak menunggu, nak baring berehat pun tak boleh.

“Saya okey saja dengan watak yang memerlukan wajah saya hodoh, cuma sebelum ini tidak ditawarkan kepada saya malah sekurang-kurangnya dalam kerjaya saya ada watak yang berlainan,” katanya ketika ditemui XTRA.

Disoal mengenai gandingannya bersama Nasha Aziz, Zul menjelaskan dia tahu mengawal diri agar wataknya tidak menonjol daripada watak utama.

“Sebagai seorang aktor, satu tahu untuk kawal diri.

“Kita kena balance benda itu dalam filem, macam mana pun kita perform, kalau watak utama bagus kita pun kena jadi bagus, yang penting kita tak ‘over shadow’, dalam lakonan itu tak bagus.

“Bagi saya, Nasha mempunyai personaliti yang kuat, dan Azira Shafinaz juga tahu bagaimana untuk berlakon bersama Nasha,” jelasnya.

Zul Ariffin bakal tampil dalam filem seram Talbis Iblis arahan Khabir Bhatia yang bergandingan bersama Nasha Aziz, Azira Shafinaz, Jay Iswazir dan ramai lagi bermula 20 Oktober ini di seluruh pawagam Malaysia.

Khairil Khusyairi