‘Bila Nak Kahwin?’, Zizan Jawab Jawab Guna Gambar!

Pelakon Zizan Razak antara selebriti yang sering menerima soalan ‘Bila nak kahwin?’ daripada pihak media dan juga netizen.

Kata pelakon yang kini sedang sibuk di set penggambaran Abang Long Fadil 3 ini, kesibukan antara punca dia masih belum bertemu jodoh sesuai.

“ Gambar ini juga membuatkan saya tersedar juga kenapa saya tiada masa untuk diri saya apatah lagi untuk berpasangan.

“ Mungkin soalan ‘bila nak kahwin?’ terjawab buat mereka yang sentiasa bertanya,” tulisnya di Instagram disertai dengan  beberapa keping gambarnya yang terbaring kepenatan di set penggambaran.

Sebelum ini, Zizan dikaitkan memiliki hubungan istimewa dengan aktres Mira Filzah namun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan dari kedua pihak.

Menerusi laman Instagramnya juga, Zizan berharap penonton  di luar sana menghentikan tindakan membocorkan filem tempatan dan menyokong karya dengan menonton di pawagam.

“ Gambar ini juga membuatkan saya terfikir tentang masyarakat yang tidak bertanggungjawab membocorkan filem kita yang tidak menghargai penat lelah kami sebagai anak seni dalam berkarya.

“ Bermula hari ini belajarlah untuk ada perasaan bertanggungjawab dan belas kasihan,” katanya.

SGMS Faida