“Pendakwah Selebriti Ke Ustaz Ke, Tak Lari Dari Kesilapan Dan Kesalahan” – PU Riz

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz menyatakan trend bergambar sambil menunjukkan jari telunjuk bukanlah bahan gurauan sehingga mempersendakan agama.

Menurut Haris, tindakan menunjukkan jari telunjuk itu adalah simbol syahadah atau Allah yang satu.

“Apa-apa yang berkait dengan agama kita tidak boleh persendakan, agama ini diseru dengan kemuliaan dan juga atas ilmu.

“Kalaulah satu orang buat macam ini (tunjuk jari telunjuk) kita atahiyat pun angkat jari telunjuk, kita disunatkan melakukan itu untuk tunjukkan bahawa Allah itu satu.

“Kalau ada orang yang buat dengan tujuan dan maksud lain, itu bukan kerana agama tapi diri mereka sendiri, apa-apa yang leibatkan agama jangan kita persendakan” jelasnya.

Disoal mengenai kontroversi-kontroversi yang melibatkan golongan pendakwah pula, Haris berpendapat setiap manusia tidak lari daripada berbuat salah termasuklah golongan asatizah sendiri.

“Setiap orang ada perkara baik dan buruk dirinya, bukan sahaja golongan pendakwah sahaja.

“Kita sebagai manusia menerima sahaja kebaikan dan keburukan seseorang tapi tak sampai perlu menidakkan kebaikan yang dibuatnya.

“Nak komen fasal sesorang pun tak boleh, kita juga ada salah silapnya. Minta Allah bantu kita termasuk diri saya. Apa yang berlaku ada juga baiknya, jadi kita ambil yang baik sahaja.

“Pendakwah selebriti ke ustaz ke, tak lari dari kesilapan dan kesalahan,” katanya.

Terdahulu, beberapa nama pendakwah selebriti terpalit dengan isu-isu panas seperti kecurangan dalam perkahwinan sehinggalah kepada kes salah laku seksual.

Sumber: mStar

Khairil Khusyairi