“Pendarahan Masih Berterusan Secara On-Off”- Ungku Ismail Mohon Doa Untuk Nad Zainal

Susulan laporan mengenai keadaan pelakon Nad Zainal yang dikatakan terpaksa ditidurkan bagi merehatkan paru-parunya selepas pembedahan, pelakon Ungku Ismail Abdul Aziz memaklumkan, pendarahan masih ada dan berterusan walaupun secara on-off.

“Yang pasti pendarahan berterusan secara on and off. Jadi doktor sedang berhempas pulas mengeluarkan darah yang berkumpul dalam paru-paru.

“Bermacam-macam ubat sudah diberikan termasuklah antibiotik, namun tidak memberikan sebarang kesan atau tindak balas terhadap jangkitan yang dialami,” katanya.

Dalam pada itu, Ungku Ismail juga berkata, pihak doktor yang bertindak merawat Nad juga tidak pasti sama ada jangkitan paru-paru yang dialami aktres itu adalah berpunca daripada kencing tikus atau jangkitan bakteria memandangkan Nad tidak mengalami sebarang gejala berkaitan penyakit tersebut.

Bagaimanapun, doktor menjelaskan Nad mengalami autoimun iaitu sistem imun menyerang sel tisunya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Terpaksa Ditidurkan Selama…” – Alami Paru-Paru Berdarah, Rakan Selebriti Mohon Doakan Keadaan Nad Zainal

ARTIKEL BERKAITAN:“Kuat Demi Yem & Som” – Makin Kritikal, Bekas Suami Sempat Jumpa Nad Zainal Sebelum Dikejarkan Ke Hospital

ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Terpaksa Ditidurkan Selama…” – Alami Paru-Paru Berdarah, Rakan Selebriti Mohon Doakan Keadaan Nad Zainal

ARTIKEL BERKAITAN:Nad Zainal Dimasukkan Ke ICU Akibat Jangkitan Kuman Paru-Paru

Bukan itu sahaja, Ungku Ismail tidak putus berkongsi hantaran menerusi rantaian di Instagram Stories (IGS) miliknya memohon agar orang ramai diluar sana mendoakan keselamatan dan kesembuhan buat Nad Zainal atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32.

Terdahulu, ramai rakan artis dilihat hadir melawat Nad yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan Ampang, Kuala Lumpur selain ada yang menganjurkan bacaan Yassin buat dramatis popular itu.

Terbaharu, Ungku Ismail berkata, dia dihubungi hospital yang memberitahu paras oksigen dalam darah Nad sudah mencecah bacaan 100 dengan alat bantuan pernafasan.

Bahkan, doktor akan cuba mengurangkan kekuatan alat bantuan pernafasan berkenaan bagi memantau tahap oksigen Nad.

“Alhamdulillah, oksigen Nad sudah mencecah bacaan 100. Doktor akan cuba kurangkan kuasa bantuan alat pernafasan berkenaan.

“Satu lagi perkembangan positif, pendarahan pada paru-paru Nad sudah berhenti dan mengering dan Nad memberikan tindak balas positif kepada ubat diberikan.

“Cuma doktor bimbang kemungkinan ada jangkitan pada buah pinggang kerana mereka dapati radang pada organ berkenaan.

“Mereka menanti pakar buah pinggang untuk membuat pemeriksaan lanjut,” katanya.

 

Salma Syahbuddin