Peluk Cium Kanak-Kanak Di Hospital, Gelagat Raja Permaisuri Agong Raih Tumpuan Warganet

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekali lagi meraih perhatian warganet selepas melihat gelagatnya yang sedang beramah mesra beberapa orang kanak-kanak ketika membuat kunjungan di sebuah hospital, baru-baru ini.

Terkenal dengan sikapnya yang peramah dan sering menyantuni rakyat, video yang tular menerusi platform TikTok itu juga menyaksikan Permaisuri Agong memeluk dan mencium dua orang kanak-kanak yang teruja bertemu dengannya.

Malah, momen tersebut juga telah dikongsikan oleh ibu kepada kanak-kanak lelaki yang bernama Adib Amsyar menerusi sebuah hantaran di TikTok.

“Best moment dan rezeki Adib Amsyar bertemu KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj . Daulat TuanKu,” tulisnya.

@adib_amsyar21 22.11.22 | Tuesday – Best moment & rezeki adib amsyar bertemu KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj . Daulat TuanKu #fyp #budakgemoyyy🖤 #kesayangan #daulattuan #tengkupermaisuri #istananegara ♬ Fall In Love Alone – Sped Up Version – Stacey Ryan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa terharu dan cemburu melihat si kecil itu disantuni Permaisuri Agong.

“Adik ni bila besar aku dulu masa kecik permaisuri peluk aku tau.

“Ya Allah, Daulat Tuanku berjiwa rakyat. Tak kisah pun dia cium anak rakyatnya.

“Bertuahnya awak dik.

“Semoga Allah Berkati dan diberikan kesihatan yang baik untuk Permaisuri Agong kita dan seluruh Raja-raja kita… Aamiin,” komen warganet.Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sekali lagi meraih perhatian warganet selepas melihat gelagatnya yang sedang beramah mesra beberapa orang kanak-kanak ketika membuat kunjungan di sebuah hospital, baru-baru ini.

Terkenal dengan sikapnya yang peramah dan sering menyantuni rakyat, video yang tular menerusi platform TikTok itu juga menyaksikan Permaisuri Agong memeluk dan mencium dua orang kanak-kanak yang teruja bertemu dengannya.

Malah, momen tersebut juga telah dikongsikan oleh ibu kepada kanak-kanak lelaki yang bernama Adib Amsyar menerusi sebuah hantaran di TikTok.

“Best moment dan rezeki Adib Amsyar bertemu KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj . Daulat TuanKu,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa terharu dan cemburu melihat si kecil itu disantuni Permaisuri Agong.

“Adik ni bila besar aku dulu masa kecik permaisuri peluk aku tau.

“Ya Allah, Daulat Tuanku berjiwa rakyat. Tak kisah pun dia cium anak rakyatnya.

“Bertuahnya awak dik.

“Semoga Allah Berkati dan diberikan kesihatan yang baik untuk Permaisuri Agong kita dan seluruh Raja-raja kita… Aamiin,” komen warganet.

Fatin Nurain