Categories: HiburanTrending

Pendatang Baharu Sombong & Tak Layan Peminat? Atlet Gimnastik Baru Berjinak-Jinak Dalam Bidang Lakonan Dikecam

Baru sahaja hendak berjinak-berjinak dalam industri seni lakonan, atlet gimnastik negara, Shahrul Aimy tergamam apabila diselar sombong.

Akui mempunyai rasa malu yang menebal dalam diri, Shahrul belum terbiasa dengan persekitaran dalam dunia hiburan.

Dia juga memaklumkan cuba menyesuaikan diri seteleh dirinya menjadi perhatian kelak.

“Dengan rendah diri, saya memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terasa hati dengan tindakan itu dan saya akan memperbaiki diri dari semasa ke semasa.

“Bagi yang mengenali, mereka tahu saya masih tebal dengan sikap malu. Tak mengapa, saya akan cuba perbaiki diri demi semua,” katanya.

Tidak melenting dengan kecamam yang diterima, Shahrul bagaimanapun menjadikan kritikan tersebut sebagai motivasi untuk dirinya berubah ke arah yang lebih baik.

“Apa pun, saya berterima kasih atas teguran dan cuba menjadi lebih baik pada masa akan datang,” ujarnya.

Menurut laporan Harian Metro, atlet yang pernah muncul sebagai cameo dalam drama Journal Sara-Haeyo itu tiba-tiba menjadi sebutan gara-gara dituduh sebagai sombong.

Dalam pada itu, terdapat juga individu yang memita agar Shahrul memberi layanan yang sama rata buat peminat-peminatnya.

Sumber : Harian Metro

Syamir Shafie