Didakwa Jalin Hubungan Istimewa Dengan Syasya Dolla, Ini Penjelasan Evertts Gomes

Finalis Hero Remaja, Evertts Gomes menafikan dia dan anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya mempunyai hubungan istimewa.

Memetik laporan Harian Metro, Evertts atau nama sebenar Evertts McClane Gomes, 26, memberitahu dia dan Syasya hanya sekadar kawan baik.

“Kami sebenarnya hanya berkawan baik, tiada yang istimewa.

“Kami berkawan bermula dari video lakonan saya yang tular di media sosial. Dalam video itu, saya berlakon menjadi peminat Syasya Dolla,” jelasnya.

Menurutnya, selepas penggambaran video tersebut mereka mula rapat dan mempunyai banyak persamaan sehingga membuatkan mereka selesa berteman.

“Kami ada banyak persamaan. Dia seorang penari dan saya juga pernah menjadi penari satu ketika dulu.

“Ramai yang mendoakan kami dan sekiranya satu hari nanti kami ditakdirkan berjodoh, saya tidak menolak.

“Namun, jika berlaku sebaliknya, kami akan tetap berkawan dan masih dapat melihat kami sebagai satu pasangan duo,” ujarnya.

Dakwaan berkenaan timbul selepas sering melihat Evertts bersiaran langsung di media sosial bersama Syasya.

Maya Basir