Featured By: Nurul Hana May 21, 2023 @ 6:29pm

Penerbit Dakwa Filem Anwar: The Untold Story Disabotaj Pawagam?

Produksi filem Anwar: The Untold Story kecewa dengan sesetengah pawagam enggan memberi sokongan terhadap tayangan naskhah biopik yang memaparkan kisah jatuh bangun perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun mencipta sejarah menjadi filem biopik pertama mencatat kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangan, Khamis lalu, namun jumlah kutipan tidak memenuhi sasaran apabila filem terbitan Yusrych Global Sdn Bhd dan edaran oleh DMY Creation seperti ‘disabotaj’ oleh pihak pawagam.

Meluahkan kekecewaan terhadap apa yang berlaku, Pengerusi DMY Creation, Datuk Mohamed Yusoff berkata, ada pawagam enggan bekerjasama dengan memberi lebih slot tayangan untuk filem arahan pengarah Indonesia, Viva Westi itu.

“Saya kesal filem Anwar: The Untold Story disabotaj oleh pihak pawagam.

“Lebih mengecewakan ada pawagam menyediakan 40 slot tayangan untuk filem antarabangsa, namun hanya memberikan empat slot untuk naskhah yang mengangkat kisah perjuangan dan pengorbanan Perdana Menteri menentang amalan rasuah ini.

“Ia adalah tindakan tidak adil, sedangkan filem Anwar: The Untold Story ini sedang mendapat perhatian ramai, apatah lagi, ia mengenai kisah Perdana Menteri,” katanya.

Mohamed Yusoff berkata, pasukan produksi membuat tinjauan setiap hari untuk mengetahui respon penonton.

“Ramai penonton membuat aduan tidak dapat menonton di beberapa pawagam berikutan tiada slot tayangan.

“Jadi, kami bertindak membuat aduan kepada pihak pawagam, namun keadaan masih sama pada hari ketiga tayangan, semalam.

“Justeru, kami tidak boleh mendiamkan diri dan memilih untuk bersuara,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Katanya, tindakan pawagam tidak memberikan sokongan terhadap filem tempatan memberi impak buruk terhadap pembangunan industri perfileman.

“Ini juga satu tindakan yang tidak adil buat pembikin karya tempatan.

“Kami menghasilkan karya dengan bajet tinggi, namun bagaimana industri perfileman tempatan mampu bergerak ke hadapan sekiranya pihak pawagam bertindak mensabotaj terhadap karya tempatan.

“Industri perfileman tempatan tentunya akan berada di takuk lama dengan tindakan tidak bertanggungjawab sebegini,” ujarnya.

Mohamed Yusoff berkata, pihak berkenaan juga perlu tahu penting membezakan politik dan hiburan.

“Kalau kita sendiri enggan memberikan sokongan terhadap karya tempatan, siapa lagi boleh membantu?

“Timbul juga persoalan apa yang menjadi penghalang pihak pawagam menyediakan lebih banyak slot tayangan dan siapa perlu bertanggungjawab?

“Saya berharap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dapat memantau perkara ini agar layanan karya tempatan dan antarabangsa diberikan sama rata,” ujarnya.

Anwar: The Untold Story dibintangi Farid Kamil yang memegang watak Anwar, manakala aktres popular Indonesia, Acha Septriasa membawa watak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku teraju utama.

Selain itu, filem berdurasi berlatarkan tempoh antara 1993 dan 1998 ketika memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berdurasi 108 minit turut dibintangi oleh Hasnul Rahmat, Firdaus Karim, Saskia Chadwick, Piet Pagau dan Dewi Irawan.

Ia menemui penonton di 124 pawagam seluruh Malaysia sejak Khamis lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Baru Kenal Tiga Bulan, Baim Wong Nekad Lamar Kekasih!

Pelakon kacak ini tidak menunggu waktu lama untuk menyunting Paula Verhoeven. Selamat Pengantin Baru, Baim dan pasangan. Memang cantik bakal isteri Baim, tahniah!

Featured Fri, 26 Feb 2021
Hiburan Tue, 25 Jun 2019

Tawaran Menyanyi Tak Macam Dulu, Zahid Cuba Buat Pelbagai Kerja

Dalam perkembangan lain, Zahid kini tampil sebagai penyanyi kumpulan Overall Band. Jangan putus semangat okay?

Events Fri, 3 Jun 2022
Featured Fri, 31 May 2024

“Saya & Suami Tak Pernah Duduk Berbincang Untuk Pemilihan Watak” – Amyra Rosli

Bagus lah kan, professional dengan kerjaya masing-masing

Hiburan Wed, 10 Oct 2018

Artis Sendu? Giliran Diana Danielle ‘Sekolahkan’ Vida

Yang sebenarnya sendu adalah anda yang kalau tak pakai baju ropol keliling dunia, muah sana muah sini dengan kontroversi ntah apa-apa!

Hiburan Thu, 16 Sep 2021

“Aafiyah Sampai Excited Tengok Kereta & Lampu Jalan…” – Siti Nurhaliza

Lama ‘terperap’ di rumah akibat pandemik, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan anak sulungnya, Siti Aafiyah teruja apabila dia dibawa keluar. Tambah Siti, dia mengambil pendekatan untuk menggajikan penjaga yang mempunyai latar belakang […]

Featured Tue, 11 Jan 2022

Drama ‘The Silent Sea’ Dapat Rating 100%

Sebuah drama Korea terbaru di Netflix berjudul The Silent Sea mungkin akan menjadi drama paling hebat di dalam aplikasi perkhidmatan penstriman itu apabila drama itu memenangi hati para pengkritik. Baru sahaja ditayangkan di Netflix selama […]

Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Ibu Adibah Noor Meninggal Dunia, AL-Fatihah…

Al-Fatihah buat ibunda Adibah Noor, Allahyarhamah Norlia Abd Majid…