Hiburan By: Fatin Nurain January 18, 2023 @ 2:47pm

Pengalaman Mematangkan, Aedy Ashraf Lebih Selesa Berdiam Diri

Pelakon Aedy Ashraf mengakui dirinya kini lebih selesa untuk mengunci mulut daripada mengulas sebarang isu hangat yang melibatkan dirinya, kebelakangan ini.

Terdahulu, pelakon drama Kerana Cinta Itu Ada itu menerima kecaman yang teruk selepas videonya berciuman dengan seorang wanita di sebuah kelab malam tular menerusi platform media sosial, tahun lalu

ARTIKEL BERKAITAN:  “Saya Tak Warak & Tak Perlu Jelaskan Apa-Apa…”- Beraksi Ghairah Di Kelab Malam, Aedy Ashraf Akhirnya Buka Mulut

Menurut Aedy, tiada apa yang perlu dijelaskan dan menganggap berdiam diri itu adalah cara yang terbaik bagi menempuhi masalah yang berlaku.

“Itu pilihan saya, saya rasa lebih baik berdiam diri daripada kita bercakap sesuatu yang kita tak tahu apa kita nak cakap dan nak jawab.

“Saya dah dalam industri ni dah lama, dalam 23 tahun kot. Jadi saya tahu perjalanan tu macam mana dari segi apa yang patut dibuat dan tidak perlu. Saya seorang manusia juga yang terlepas daripada buat benda-benda yang buat orang berkata,” katanya.

Pendedahan tersebut telah dikongsikan oleh Aedy ketika ditemui di Majlis Pra-Pelancaran & Sidang Media Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur, semalam.

Akur sekiranya digelar sebagai selebriti sensasi, Aedy kini bersikap lebih matang biarpun sudah melalui pelbagai fasa sukar sepanjang bergelar anak seni.

Malah, Aedy juga mendedahkan dirinya kini sudah tidak termakan dengan cemuhan netizen kerana pernah melalui gangguan mental yang memberi impak besar dalam hidupnya suatu ketika dahulu.

“Saya tak baca komen netizen sebab saya pernah lalui benda-benda yang kacau mental ni 10 tahun lepas kot dan dia sangat memberi kesan kepada saya.

“Ketika itu saya berlakon dengan Nelydia Senronse, orang tak suka dan kecam saya dalam lakonan tersebut di media sosial. Benda tu menjadi makanan saya setiap hari.

“Ketika itu sesi penggambaran masih berjalan, apa yang saya buat ketika itu saya berhenti bermain media sosial dalam tiga bulan macam tu dan habiskan shooting dengan tenang,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Aedy juga akan menjual pakaian baju melayu jenama sendiri di festival Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya yang bakal berlangsung pada 14 hingga 17 April depan.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 Jan 2018

“Tidak Pernah Kasari Saya Langsung”

, suami saya tidak pernah walau sekali pun mengasari saya,” tulis Diana Danielle.

Hiburan Wed, 20 Dec 2017

时隔9年再发片 方泂鑌“我不是神”

时隔9年再发片的方泂镔,日前带着新专辑《我不是神》回马宣传;重返乐坛的他,改名为方『泂』镔,并在记者会上自嘲有新人出道的感觉。

Hiburan Tue, 28 Feb 2023
Featured Thu, 12 May 2022
Featured Thu, 16 Mar 2023

Terlalu Berisiko! Madammu Reda Terpaksa Jalani Proses Bersalin Czer – “Tak Ada Rezeki  Nak Bersalin Normal”

Takpelah Madammu, yang penting mommy dan baby sihat dan selamat.💜💜💜

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

’Mula-Mula Ingat Dia Ni Tomboy Ke Pengkid Ke’- Fizi Ali Kenang Momen Lucu Dengan Isteri

Fizi mengaku hampir berputus-asa sewaktu nak mengorat Shakilla. Apa yang Fizi lakukan selepas itu?

Trending Sat, 15 Jun 2019

Kerana Popular Belanda ‘Tertekan’ ?

Pelancong datang melancong boleh tertekan kenapa ya?