Categories: HiburanSelebriti

Penyanyi Rock Naik Angin Dengan Donald Trump?

“ Ini bukan tentang politik, Demokrat lawan Republikan. Ini soal hak cipta, sesuatu yang saya perjuangkan sejak dahulu lagi,” tulis Steven Tyler di laman Twitternya, hari ini.

Vokalis Aerosmith itu nampaknya tidak bersetuju apabila lagu-lagu bandnya dimainkan di mana-mana perhimpunan, termasuklah pada perhimpunan yang diadakan di Charleston Civic Center, West Virginia, baru-baru ini.

Penyanyi terkenal ini mendakwa presiden Amerika Syarikat itu telah melanggar undang-undang dengan memainkan lagu mereka.

Enggan berdiam diri, Tyler telah menghantar surat melalui peguamnya, Dina LaPolt ke White House.

Merujuk kepada surat tersebut, peguamnya yang mewakili Tyler memberitahu dengan penyiaran lagu band tersebut, ia seolah-olah memperlihatkan kumpulan itu sebagai penyokong Trump. 

Bukan apa, Tyler menegaskan dia tidak mahu lagunya dimainkan atas sebab melindungi hak cipta. Bukan sebab politik ya! 

SGMS Faida